Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday50General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : MARA To Complete Proposed Hospital Feasibility Study In Three Months45Jobless 19yo M’sian Charged With Murdering GF At Rented Room In Kuantan Last Week | WeirdKaya45Business : Malaysia To Reduce Overdependence On Semiconductors, Diversify Economic Growth Sources44Business : Abang Johari Unveils RM14.8 Bln Sarawak Budget For 202744Anthropic AI model went rogue, submitted fake tip to police44Loke: No recent meetings between Transport Ministry and AirAsia44Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202740Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-040General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

ITBM terbit semula Hikayat Hang Tuah, tarik minat anak muda

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 11:12 MYTLatest activity 12 Oct, 11:12BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

ITBM terbit semula Hikayat Hang Tuah, tarik minat anak muda

By Oleh: Haliza Mohamad · 12 Oct, 11:12 MYT

KUALA LUMPUR: Bagaimana caranya menarik minat generasi muda yang lebih akrab dengan telefon pintar, permainan digital dan media sosial tertarik membaca kisah pahlawan Melayu yang ditulis ratusan tahun lalu?

Jawapannya mungkin terletak pada kaedah cerita itu disampaikan.

Atas pertimbangan itu, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan semula Hikayat Hang Tuah dalam pendekatan lebih segar menerusi edisi berilustrasi dan format komik, tanpa mengetepikan nilai serta pemikiran yang terkandung dalam karya agung berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Sakri Abdullah, berkata pendekatan itu menjadikan kisah Hang Tuah lima bersaudara lebih mudah didekati pembaca, khususnya kanak-kanak dan remaja.

"Jika sebelum ini pembaca perlu berhadapan teks klasik yang panjang dan sarat dengan bahasa lama, edisi baharu ini mengutamakan teks yang lebih ringkas, dialog serta ilustrasi yang membantu menghidupkan jalan cerita.

"Lebih menarik, ilustrasi yang digunakan ialah hasil karya ikon kartunis tanah air, Jaafar Taib.

"Ilustrasi yang disertakan boleh membantu pembaca membayangkan watak, latar tempat, suasana peperangan dan pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam hikayat," katanya.

Sakri berkata, pendekatan visual itu bukan sekadar mencantikkan buku, sebaliknya menjadi jambatan antara karya klasik dengan cita rasa pembaca masa kini.

Katanya, kebanyakan penerbitan terdahulu disampaikan dalam bentuk teks penuh yang memerlukan pembaca meneliti kandungan yang panjang serta menggunakan bahasa klasik.

Versi ikut kelompok pembaca

Namun, ITBM tampil menyediakan beberapa versi mengikut kelompok pembaca. Antaranya edisi khas dalam bahasa Melayu untuk pembaca umum, selain versi bahasa Inggeris serta terbitan khusus untuk kanak-kanak yang dipecahkan kepada 10 jilid supaya cerita dapat dibaca secara berperingkat.

Tambahnya, versi bahasa Inggeris dijangka membuka peluang lebih besar untuk Hikayat Hang Tuah dikenali di luar negara, selain berpotensi menarik minat penerbit antarabangsa terhadap karya sastera Melayu.

"Usaha mengubah bentuk penyampaian karya klasik bukan perkara baharu. Di United Kingdom, karya William Shakespeare sudah lama diadaptasi dalam bentuk komik dan novel grafik bagi membantu pembaca muda mengenali karya sastera sebelum mendalami teks asal.

"Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, pendekatan sama boleh menjadi langkah pertama untuk memperkenalkan khazanah kesusasteraan Melayu kepada generasi yang mungkin menganggap karya klasik sebagai sesuatu yang sukar atau terlalu jauh daripada kehidupan mereka.

"Namun, menjadikan karya lama lebih mudah dibaca bukan bermakna mengubah sesuka hati kandungannya," katanya.

Kongsi Sakri, antara cabaran terbesar ialah memastikan penyederhanaan bahasa dan pemilihan bab tidak menghilangkan roh asal hikayat.

Justeru, peristiwa penting, watak utama serta nilai seperti keberanian, kesetiaan, kebijaksanaan, persahabatan, amanah dan kepimpinan perlu terus dipelihara.

Pada masa sama, kandungan juga perlu disesuaikan dengan tahap umur pembaca. Unsur keganasan, pakaian dan kandungan sensitif perlu dipersembahkan secara berhati-hati, khususnya dalam edisi untuk kanak-kanak dan pelajar.

"Proses itu memerlukan penelitian kerana Hikayat Hang Tuah bukan sekadar kisah seorang pahlawan.

"Di sebalik watak Hang Tuah, terselit gambaran mengenai sistem pemerintahan, hubungan sosial, kepimpinan, maruah, kesetiaan dan persoalan moral masyarakat Melayu pada zamannya.

"Pertentangan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, misalnya, terus membuka ruang kepada pembaca untuk memikirkan persoalan kesetiaan, keadilan dan keberanian mempertahankan sesuatu yang dianggap benar," katanya.

Karya tak ditelan zaman

Tambah Sakri, Hikayat Hang Tuah ialah karya yang tidak ditelan zaman kerana pengisiannya mengandungi nilai jati diri, keberanian, kesetiaan, kebijaksanaan, persahabatan dan semangat nasionalisme.

Katanya, ITBM melihat penerbitan semula ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab memelihara dan menyebarluaskan karya agung Malaysia serta Nusantara ke peringkat antarabangsa.

Selain memastikan karya berkenaan terus dibaca, pendekatan baharu itu turut membuka ruang untuk Hikayat Hang Tuah dikembangkan ke medium lain seperti animasi, filem, drama, teater dan e-buku.

"Sebagai agensi penterjemahan, ITBM mahu menggunakan kepakaran yang ada, untuk memperkenalkan karya ini melalui pelbagai bahasa tanpa menghilangkan nilai sejarah, budaya dan pemikiran yang terkandung di dalamnya.

"Malah, di mana-mana negara pun karya besar perlu terus dibaca. Jadi penerbitan semula mengelakkan karya ini daripada hanya tersimpan sebagai bahan akademik atau sejarah, sebaliknya menjadikannya bahan bacaan yang lebih dekat dengan pembaca masa kini," katanya.

Dalam persaingan dengan kandungan digital yang pantas dan bersifat visual, naskhah ini cuba menawarkan pengalaman membaca yang lebih dekat dengan cita rasa generasi masa kini melalui gabungan teks ringkas, ilustrasi, dialog dan reka bentuk yang lebih mesra pembaca.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.