Malaysian Attention Engine
Live wire
45Business : DCTF Approved 27 Data Centre Projects, With Estimated Investment Of RM225.97 Bln34FIFA rancang dana pembangunan RM25.95 bilion34Business : Malaysia Leveraging National Fraud Portal In Fight Against Digital Scams33Mahrez sah sertai Al Shamal33Pasangan kekasih dihukum penjara, diarah bayar pampasan kerana menyebabkan kematian lelaki33RON95, RON97 tanpa subsidi turun 5 sen, diesel kurang 10 sen31General : Malay Rulers Urge Outsiders Not To Politicise Negeri Sembilan Throne Dispute31Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan30Malaysia tiada rancangan jelas manfaat ekonomi AI, kata Shahril30General : Malaysia First Country To Convince Myanmar To Accept The Return Of Its Refugees - Fahmi30World : Two Singapore-Registered Vessels Hit In Strait Of Hormuz, One Sinks30Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

JAG peroleh 6.17 peratus pegangan Metal Bank

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 20:31 MYTLatest activity 14 Oct, 20:31BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh JAG Bhd, JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd. (Berita Harian, 20:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

JAG peroleh 6.17 peratus pegangan Metal Bank

By Wartawan BH · 14 Oct, 20:31 MYT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh JAG Bhd, JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.

Metal Bank adalah syarikat penerokaan dan pembangunan emas yang disenaraikan di Australia pada harga A$752,400 (kira-kira RM2.15 juta).

Pakar pengurusan sisa menyeluruh (TWM) dan pemulihan sumber itu menjelaskan, pihaknya telah menandatangani perjanjian mengikat untuk melanggan 60 juta saham baharu Metal Bank pada harga A$0.01254 sesaham yang akan dibiayai menerusi dana dalaman.

"Menerusi pelaburan itu, JAG Capital bakal menjadi pelabur teras strategik dalam Metal Bank," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

JAG memberitahu langganan berkenaan mewakili pelaburan strategik jangka panjang dengan kumpulan itu berhasrat untuk mengekalkan pegangan bukan kawalan dalam Metal Bank yang mempunyai portfolio projek emas, tembaga dan kobalt di Australia.

Hasil daripada penempatan saham itu akan digunakan untuk memajukan strategi pengeluaran Metal Bank di Projek Emas Livingstone yang menyasarkan pengeluaran awal daripada deposit Homestead selain membiayai program penerokaan di projek lain serta keperluan modal kerja syarikat.

Pengarah Eksekutif JAG, Datuk Ng Meow Giak, berkata kedudukan kedua-dua syarikat yang saling melengkapi berpotensi mewujudkan sinergi jangka panjang apabila Metal Bank semakin menghampiri potensi pengeluaran selain membolehkan JAG meneroka peluang di luar operasi pemulihan sumber sedia adanya.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, JAG menyatakan anak syarikat milik penuhnya iaitu JAG Renewable Energy Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Kobe Steel Ltd untuk membeli sebidang tanah perindustrian pegangan bebas di Shah Alam, Selangor pada harga RM36.89 juta.

Katanya, cadangan pembelian tanah itu adalah sebahagian daripada strategi kumpulan untuk meluaskan perniagaan TWM dan membangunkan keupayaan pemprosesan tambahan bagi aliran sisa perindustrian baharu.

Tanah itu juga bertujuan menyokong penubuhan barisan pemprosesan dan kemudahan baharu bagi merawat, meleraikan, mengasingkan, mengitar semula dan memulihkan bahan daripada peralatan yang tamat tempoh selain meningkatkan kapasiti pemprosesan dan penyimpanan sedia ada kumpulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow21:00
Latest 21:32 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 20:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.