
Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
GUA MUSANG: Laluan FT08 jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini, ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku kejadian lubang benam hari ini. (Utusan Malaysia, 13:07)
Read the reporting
2 reports
Lubang benam 8 meter terbentuk, Jalan Gua Musang-Kota Bharu ditutup
GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Kota Bharu, di sini ditutup kepada semua kenderaan hari ini susulan lubang benam yang terbentuk di FT09 di laluan berkenaan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.05 pagi berhampiran Taman Rekreasi KESEDAR, membabitkan kedalaman lapan meter.
Susulan itu, semua kenderaan dan pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo menasihatkan pengguna berhati-hati dan mengikuti arahan dikeluarkan pihak berwajib.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim berkata, langkah pembaikan segera perlu dilakukan kerana jalan itu menjadi laluan utama penduduk terutama di Taman KESEDAR Putra dan Taman KESEDAR Jaya.
"Laluan itu menjadi laluan utama penduduk untuk keluar dan masuk terutama menghantar anak ke sekolah. Selain itu dibimbangi kejadian lubang benam merebak ke jalan bersebelahan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.