
Jambatan baharu China-Korea Utara dibuka esok selepas siap 12 tahun lalu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BEIJING: Jambatan baharu yang menghubungkan China dan Korea Utara akan dibuka minggu ini, lapor media kerajaan China hari ini, selepas pembinaannya siap 12 tahun lalu. (Berita Harian, 16:09)
Read the reporting
1 report
Jambatan baharu China-Korea Utara dibuka esok selepas siap 12 tahun lalu
BEIJING: Jambatan baharu yang menghubungkan China dan Korea Utara akan dibuka minggu ini, lapor media kerajaan China hari ini, selepas pembinaannya siap 12 tahun lalu.
Perkembangan itu sekali gus menjadi satu lagi petunjuk hubungan ekonomi antara kuasa besar Asia itu dengan negara jirannya yang miskin semakin erat.
Jambatan Sungai Yalu baharu itu, yang akan dibuka pada Khamis menurut penyiar kerajaan, CCTV, menghubungkan bandar sempadan Dandong di timur laut China dengan Korea Utara, antara negara paling terasing di dunia.
Struktur empat lorong sepanjang 3,026 meter itu siap dibina pada 2014, namun pembukaannya tertangguh berikutan beberapa masalah, termasuk ketiadaan jalan penghubung dan kemudahan kastam di pihak Korea Utara, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap.
China ialah rakan dagang terbesar Korea Utara serta sumber penting sokongan diplomatik, ekonomi dan politik kepada negara yang terasing itu, yang turut memiliki senjata nuklear.
Korea Utara menutup sempadannya ketika pandemik COVID-19, manakala perkhidmatan kereta api antara kedua-dua negara Asia Timur itu hanya disambung semula pada Mac lalu selepas terhenti selama enam tahun.
Jambatan baharu itu bertujuan menjadi laluan alternatif dan akhirnya menggantikan Jambatan Persahabatan China-Korea, yang sebelum ini kerap digunakan oleh kereta api penumpang tetapi mempunyai kapasiti terhad.
Korea Utara masih belum menyambung semula pengeluaran visa pelancongan kepada warga China, yang suatu ketika dahulu menjadi sebahagian besar pelawat asing ke negara itu.
Pembukaan Jambatan Sungai Yalu baharu itu berlangsung lebih sebulan selepas Korea Utara dan Russia membuka jambatan jalan raya pertama mereka, dengan Pyongyang menyifatkannya sebagai tanda hubungan kedua negara semakin erat. - AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
