Malaysian Attention Engine
Live wire
51KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK42Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU40Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis37Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre35General : MSM Sugar Refinery Lease In Prai To Continue For 15 Years34Lazio crush Juventus to move level with Serie A leaders Inter34Police: Drug trafficking case mentioned in podcast near Sentul IPD dates back to 201634Animal welfare group urges probe into alleged sexual abuse of cat in viral video34DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma34General : 227 Kampung Manis Families To Receive Replacement Homes Under RMKu34PRN Melaka: Jentera JR Wanita BN Pantai Kundor giat kenal pasti pengundi sasaran
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Jangan biar rasuah permainkan keselamatan, kedaulatan negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 08:22 MYTLatest activity 19 Oct, 08:22BMconfidence 60%

What happened

KESELAMATAN sempadan bukan sekadar soal kawalan keluar masuk individu, sebaliknya menyentuh kedaulatan negara, kewibawaan undang-undang dan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan. (Berita Harian, 08:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Jangan biar rasuah permainkan keselamatan, kedaulatan negara

By Jais Abdul Karim · 19 Oct, 08:22 MYT

KESELAMATAN sempadan bukan sekadar soal kawalan keluar masuk individu, sebaliknya menyentuh kedaulatan negara, kewibawaan undang-undang dan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan.

Sebuah negara boleh memiliki undang-undang ketat, teknologi keselamatan moden dan ribuan anggota penguat kuasa, namun semua itu berisiko menjadi kurang berkesan jika kelemahan tadbir urus dan rasuah dibiarkan membuka ruang kepada kegiatan haram.

Persoalannya, sampai bila Malaysia perlu berdepan masalah pencerobohan sempadan, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kegiatan berulang walaupun operasi penguatkuasaan dilaksanakan. Adakah tindakan sedia ada benar-benar mampu menyelesaikan masalah atau sekadar menangani gejala tanpa memutuskan punca.

Pendedahan Jabatan Imigresen (Imigresen) mengenai kewujudan 224 lokasi panas warga asing di seluruh negara wajar diberikan perhatian serius. Menurut laporan, sebanyak 16,431 operasi Ops Sapu dilaksanakan antara 2023 hingga 15 Jun 2026, dengan 50,382 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Angka itu menggambarkan skala cabaran penguatkuasaan yang perlu ditangani secara menyeluruh. Lebih membimbangkan apabila terdapat kawasan pernah diserbu, tetapi kegiatan warga asing masih berterusan.

Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan tindakan susulan, pemantauan premis dan keupayaan pihak berkuasa membanteras rangkaian yang membolehkan kegiatan berkenaan berulang.

Risiko rasuah dalam sistem penguatkuasaan perlu diberikan perhatian setimpal dengan implikasinya terhadap keselamatan negara. Rasuah bukan sekadar kesalahan menerima wang suapan, malah berpotensi menjejaskan integriti kawalan sempadan apabila individu diamanahkan melindungi negara menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Bayangkan jika pemeriksaan pintu masuk dipermudahkan melalui suapan, maklumat operasi dibocorkan kepada sindiket atau majikan yang melanggar undang-undang dilindungi daripada tindakan.

Jika perkara sedemikian berlaku, teknologi biometrik, kamera keselamatan dan operasi bersepadu sekalipun boleh kehilangan keberkesanannya. Benteng keselamatan dibina menggunakan wang rakyat akhirnya dilemahkan dari dalam.

Bagaimanapun, kelemahan penguatkuasaan tidak boleh sewenang-wenangnya dianggap berpunca daripada rasuah tanpa bukti. Setiap dakwaan perlu disiasat secara bebas, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Namun, kemungkinan rasuah dalam urusan imigresen, pengeluaran permit dan penguatkuasaan tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya boleh melangkaui kerugian kewangan, termasuk menjejaskan keupayaan negara mengenal pasti serta menangani ancaman keselamatan.

Malaysia juga perlu memastikan kawalan sempadan mampu mengesan rangkaian penyeludupan manusia, pemalsuan dokumen dan jenayah rentas sempadan. Kemungkinan wujudnya hubungan antara sindiket dengan rangkaian jenayah antarabangsa perlu dinilai berdasarkan risikan dan bukti, bukan spekulasi.

Pencegahan mesti dilaksanakan sebelum sesuatu kegiatan berkembang menjadi ancaman yang lebih besar.

Pada masa sama, kewujudan penempatan warga asing tidak boleh dijadikan alasan untuk melabel semua warga asing sebagai ancaman. Ramai pekerja asing memasuki negara secara sah dan menyumbang kepada ekonomi.

Tuntut kerjasama pelbagai agensi

Tumpuan penguatkuasaan seharusnya diberikan kepada pelanggaran undang-undang, eksploitasi manusia dan kegiatan jenayah, tanpa mengira kewarganegaraan pelakunya.

Satu persoalan penting ialah mengapa kegiatan penggajian pekerja tanpa dokumen masih berulang. Siapakah menyediakan tenaga kerja, menguruskan kemasukan, menyewakan premis dan memperoleh keuntungan.

Tindakan terhadap PATI tidak memadai jika majikan sengaja melanggar undang-undang, ejen penipu dan sindiket mengaut keuntungan tidak turut dibanteras.

Sekiranya terdapat pegawai melindungi kegiatan haram melalui suapan, mereka juga mesti disiasat dan didakwa apabila bukti mencukupi.

Imigresen tidak boleh dibiarkan memikul tanggungjawab ini secara bersendirian. Pihak berkuasa tempatan perlu menangani penyalahgunaan premis dan pelanggaran syarat lesen.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras sindiket serta jenayah terancang, manakala Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memperkukuh pemeriksaan terhadap majikan.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta agensi keselamatan berkaitan perlu mempertingkatkan penyelarasan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula wajar memberikan perhatian terhadap risiko rasuah dalam pengurusan pekerja asing dan kawalan sempadan.

Audit integriti boleh dipertingkat terhadap proses berisiko tinggi, termasuk kelulusan permit, pemeriksaan pintu masuk, kebocoran maklumat operasi dan campur tangan tidak wajar dalam penguatkuasaan.

Cadangan audit bersepadu terhadap 224 lokasi panas juga boleh membantu mengenal pasti punca kegiatan berulang serta menentukan tindakan susulan bersesuaian.

Pada masa sama, pegawai melaporkan salah laku mesti diberikan saluran selamat, manakala anggota menjalankan tugas dengan jujur perlu dilindungi daripada tekanan dan ugutan.

Rakyat turut mempunyai peranan dengan menyalurkan maklumat mengenai penyeludupan, pemalsuan dokumen, pemerasan dan kegiatan jenayah melalui saluran rasmi.

Yang turut perlu diperangi ialah pelanggaran undang-undang, bukannya sesuatu kelompok berdasarkan kewarganegaraan semata-mata.

Kedaulatan Malaysia dibina melalui pengorbanan generasi terdahulu dan mesti dipertahankan melalui integriti, tadbir urus yang baik serta penguatkuasaan yang adil.

Negara tidak boleh membina benteng keselamatan kukuh di sempadan, tetapi membiarkan rasuah membuka pintu dari dalam.

Jika terdapat kelemahan, perbaiki. Jika terdapat sindiket, putuskan rangkaiannya. Jika terdapat pegawai menerima suapan, siasat dan bawa mereka ke muka pengadilan berdasarkan bukti.

Jangan biarkan wang menentukan siapa yang boleh mempermainkan undang-undang.

Sempadan negara mesti dipertahankan, undang-undang mesti ditegakkan dan amanah tidak boleh dijual beli.

Apabila rasuah mengatasi integriti, bukan sahaja penguatkuasaan tergadai, keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara mempertahankan kedaulatannya turut terancam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:40 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 08:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.