
Jangan biarkan ego padam kenangan persahabatan - Dr Mohd Izhar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jangan biarkan ego padam kenangan persahabatan - Dr Mohd Izhar (Harian Metro, 14:57)
Read the reporting
1 report
Jangan biarkan ego padam kenangan persahabatan - Dr Mohd Izhar
puterialia@hmetro.com
Kuala Lumpur : Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, melahirkan rasa prihatin dengan menitipkan pesanan terbuka kepada pelawak, Jep dan Shuib, untuk menepis ego serta segera menjernihkan hubungan persahabatan yang sedang bergolak.
Menerusi hantaran dikongsikan di Facebooknya, beliau mengingatkan kedua-dua figura popular itu supaya tidak membenarkan perselisihan faham meranapkan seribu kenangan indah yang pernah dibina bersama sejak dari awal perjuangan.
"Dalam hidup ini, tidak semua yang pernah rapat akan sentiasa sependapat. Ada waktunya kita berselisih, terasa hati, kecewa dan memilih untuk membawa haluan sendiri. Namun, jangan sampai kerana satu perselisihan, kita melupakan seribu kenangan yang pernah dibina bersama.
"Orang luar mungkin seronok melihat perbalahan, tetapi mereka tidak pernah merasai perjalanan yang kalian lalui bersama. Ingatlah, ketika kita berjaya, ramai yang datang meraikan.
"Tetapi mereka yang pernah berjuang bersama kita sebelum kejayaan itulah yang menyimpan cerita paling bernilai," tulisnya.
Mohd Izhar turut menyeru agar kedua-dua pelawak berkenaan untuk memohon maaf serta melapangkan dada demi memaafkan andai terdapat sebarang kesilapan mahupun hati yang terluka.
Menurutnya lagi, meskipun ikatan antara mereka mungkin tidak lagi sama seperti dahulu, jurang perbalahan kini tidak seharusnya menutup pintu kebaikan yang pernah dikongsi.
"Tidak semestinya kita perlu kembali seperti dahulu, tetapi sekurang-kurangnya jangan biarkan perbezaan hari ini memadam segala kebaikan semalam. Dunia hiburan mungkin mengingati lawak dan kejayaan kalian, tetapi masyarakat juga sedang melihat bagaimana kalian mengurus perselisihan.
"Jangan terlalu sibuk membuktikan siapa yang betul sehingga terlupa menjaga apa yang pernah menjadi sesuatu yang berharga," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, beliau mendoakan agar Allah melembutkan hati Jep dan Shuib, membuka ruang perdamaian serta sentiasa memelihara maruah kedua-dua belah pihak.
"Kerana pada akhirnya, kemenangan yang sebenar bukan apabila seorang berjaya menjatuhkan seorang lagi, tetapi apabila kedua-duanya mampu berdamai tanpa perlu ada sesiapa yang dimalukan.
"Saya kenal keduanya, kedua-duanya profesional dan baik belaka," luahnya.
Semalam, Jep memuat naik sebuah hantaran di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap anggota kumpulan Sepah, Shuib yang didakwa terus memainkan sentimen persahabatan demi kepentingan publisitinya.
Hantaran itu rata-rata mencuri perhatian netizen serta rakan artis.
Untuk rekod, anggota kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat didakwa sudah tidak sehaluan sejak tahun 2014.
Isu di antara mereka timbul apabila Shuib dan Mamat berkongsi cerita bagaimana Sepah ditubuhkan dalam Dol's Podcast.
Bagaimanapun, Jep tampil dengan memberitahu cerita yang dikongsikan dalam podcast berkenaan kebanyakan direka atau ditambah.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.