Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin39Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu36Bayern berdepan Arsenal tanpa Olise35Uefa seeks answers from Fifa over Infantino presidency, say reports34Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC34UK to fly RAF missions defending Saudi Arabia against Houthi attacks, Bloomberg reports34Petronas - PETRONAS and Petrovietnam Strengthen...34Rogol OKU: 4 suspek Rohingya sudah didakwa kesalahan imigresen, siasatan kes rogol masih berjalan - Polis34General : Teacher Training Key To Effective Anti-Bullying Response - Fadhlina31Prabakaran cadang penjara wajib pesalah binasa rumah ibadat30Yalcin ganti Montella kendali Turkiye30World : Malaysia-Thailand Defence Ties Key To Border Security, Regional Stability – Wan Zaidi
NewConfirmedupdated 57 min ago

'Jangan pergi sekadar makan angin'

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 22:08 MYTLatest activity 20 Oct, 22:43BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 15 (B-15) tahun negara menerima suntikan semangat daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan sebelum berlepas ke Baku, Azerbaijan, Khamis ini. (Berita Harian, 22:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

'Jangan pergi sekadar makan angin'

By Zulfaizan Mansor · 20 Oct, 22:08 MYT

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 15 (B-15) tahun negara menerima suntikan semangat daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan sebelum berlepas ke Baku, Azerbaijan, Khamis ini.

Pasukan kendalian P Maniam itu akan menyertai Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 yang akan bermula pada 24 hingga 30 Oktober ini.

Ab Ghani meluangkan masa bertemu barisan pemain dan pegawai pasukan itu di Wisma FAM, hari ini, selepas mereka tiba dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.

"Usia 15 tahun ni adalah masa dan ketika untuk anda menunjukkan bakat dan mempunyai cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.

"Paling penting sekali adalah simpan dalam hati untuk mewakili negara kerana anda yang akan menjadi pelapis untuk membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

"Untuk Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 ini, format lapan sebelah dengan tempoh masa permainan 20 minit setiap separuh masa. Biarpun ia berbentuk festival, anda semua tetap perlu serius kerana apabila kita mewakili negara, maruah negara perlu dijaga. Jangan kita pergi sekadar untuk makan angin.

"Apabila turun ke padang, beri semua yang kita ada untuk buktikan yang kita mewakili Malaysia ini adalah satu perkara yang berbaloi.

"Tanam dalam fikiran dan letak di hati, kita bawa nama Malaysia, bukan nak pegi saja-saja. Buktikan kepada jurulatih, anda semua boleh lawan siapa saja," kata Ab Ghani kepada pemain pada pertemuan itu.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee dan Pengurus Besar NFDP, Yusuf Ibrahim.

Skuad Harimau Malaya B-15 yang diundi dalam Kumpulan H akan membuka saingan berdepan Dominica, Sabtu ini diikuti dua perlawanan pada 25 Oktober menentang Syria dan Ethiopia, disusuli dua lagi aksi pada 26 Oktober 2026 bertemu Hungary dan Mexico.

Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 akan berlangsung di Hovsan Competition Complex, Baku dengan disertai sebanyak 191 pasukan negara yang dibahagikan kepada 24 kumpulan, dengan kedudukan dalam kumpulan itu bakal menentukan saingan Tahap A hingga F yang akan disertai pada baki saingan pada 28, 29 dan 30 Oktober ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow23:00
Latest 23:02 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 22:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    22:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

'Jangan pergi sekadar makan angin'
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.