
JB dah macam Cameron Highlands, bukan kabus sejuk tapi jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU – Pemandangan sekitar bandar raya Johor Bahru yang diselubungi jerebu tebal ketika ini seolah-olah bertukar menjadi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands apabila bangunan dan latar belakang persekitaran kelihatan samar akibat jarak penglihatan yang terjejas. (Kosmo!, 19:45)
Read the reporting
1 report
JB dah macam Cameron Highlands, bukan kabus sejuk tapi jerebu
JOHOR BAHRU – Pemandangan sekitar bandar raya Johor Bahru yang diselubungi jerebu tebal ketika ini seolah-olah bertukar menjadi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands apabila bangunan dan latar belakang persekitaran kelihatan samar akibat jarak penglihatan yang terjejas.
Keadaan itu menggambarkan situasi jerebu yang masih melanda negeri ini dengan beberapa kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di stesen Larkin, Johor Bahru mencatatkan 159 pada pukul 10 pagi tadi sebelum menurun kepada 158 pada pukul 2 petang ini. Bacaan itu masih berada dalam kategori tidak sihat.
Situasi itu turut menyaksikan beberapa kawasan lain di Johor merekodkan bacaan IPU tidak sihat, termasuk Kota Tinggi, Pasir Gudang, Pengerang, Tangkak, Batu Pahat dan Kluang, dengan Kota Tinggi mencatatkan bacaan 170 pada pukul 10 pagi tadi.
Susulan keadaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali berkata, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan murid dalam menentukan tindakan menghadapi situasi jerebu, termasuk pengoperasian sekolah.
Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jerebu Negeri Johor yang dipengerusikannya pagi tadi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan.
“Antara langkah yang diberi perhatian ialah pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi memperkukuh penyelarasan antara agensi, selain penubuhan Pasukan Petugas Khas JPN Johor untuk memantau perkembangan jerebu dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sebelum murid kembali ke sekolah.
“Pemantauan dan penilaian situasi jerebu juga dicadangkan dilaksanakan setiap hari menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pada pukul 12 tengah hari bagi memastikan keputusan dibuat berdasarkan perkembangan semasa,”katanya dalam satu kenyataan di sini.
Muhammad Naqib berkata, pemakluman lebih awal berhubung sebarang keputusan penutupan atau pembukaan semula sekolah penting supaya ibu bapa, penjaga, guru dan pihak sekolah mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan, tertakluk kepada prosedur serta ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau berkata, penilaian tidak hanya bergantung kepada bacaan IPU semata-mata, sebaliknya mengambil kira keadaan persekitaran, risiko kesihatan, keselamatan murid serta kesiapsiagaan semua pihak.
“Kita tidak mahu anak-anak terdedah kepada risiko kesihatan yang boleh dielakkan. Namun, dalam masa yang sama, kita juga mahu memastikan kelangsungan pendidikan mereka tidak terjejas lebih daripada yang diperlukan,” katanya.-KOSMO! ONLINE
The post JB dah macam Cameron Highlands, bukan kabus sejuk tapi jerebu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!19:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.