
Jerebu dan pelarian, ‘tetamu’ yang tidak diundang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Ada sesuatu yang menarik apabila kita bercakap tentang jerebu dan isu pelarian khususnya melibatkan etnik Rohingya. Kedua-duanya hadir tanpa diundang, kedua-duanya merentasi sempadan dan kedua-duanya memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia. (Kosmo!, 08:15)
Read the reporting
1 report
Jerebu dan pelarian, ‘tetamu’ yang tidak diundang
Ada sesuatu yang menarik apabila kita bercakap tentang jerebu dan isu pelarian khususnya melibatkan etnik Rohingya. Kedua-duanya hadir tanpa diundang, kedua-duanya merentasi sempadan dan kedua-duanya memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia.
Bezanya, jerebu datang dibawa angin, manakala manusia datang kerana pelbagai sebab yang lebih kompleks.
Namun apabila sudah berada di sini, kedua-duanya bukan mudah untuk dihalau begitu sahaja.
Jerebu tidak mengenal sempadan. Ia boleh bergerak dari satu negara ke negara lain tanpa meminta izin, tanpa pasport dan tanpa pengangkutan. Apabila tiba, rakyat terpaksa menanggung kesannya.
Mata pedih, tekak sakit, nafas terasa berat dan aktiviti harian terganggu. Lebih teruk daripada itu, sekolah ditutup, pelbagai program luar terpaksa ditangguhkan dan kesihatan golongan rentan terjejas.
Isu Rohingya pula lebih rumit kerana ia membabitkan manusia yang mempunyai sejarah penderitaan, konflik dan kehilangan tempat tinggal.
Malaysia sebagai sebuah negara yang prihatin tidak pernah menutup mata terhadap nasib mereka yang memerlukan perlindungan. Namun, sifat kemanusiaan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tiket untuk membuka sempadan tanpa kawalan.
Di sinilah persamaan kedua-duanya. Apabila sesuatu sudah masuk ke dalam negara, kesannya perlu ditanggung. Jerebu mungkin hilang untuk satu tempoh tertentu terutama apabila angin berubah dan adanya hujan.
Tetapi bagi migran yang masuk secara tidak teratur, persoalannya jauh lebih serius melibatkan isu tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, pendidikan anak-anak, keselamatan, dokumentasi dan penguatkuasaan. Semuanya menjadi tanggungjawab yang perlu diurus.
Kita juga tidak boleh menafikan sebahagian masyarakat Rohingya datang ke Malaysia kerana mahu menyelamatkan diri daripada keadaan yang sukar di negara asal.
Mereka mencari keselamatan dan kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun, Malaysia mempunyai undang-undang, kedaulatan dan kapasiti yang terhad.
Persoalannya, sampai bila Malaysia perlu menjadi destinasi ‘pilihan’ bagi jerebu dan Rohingya?
Hakikatnya, jerebu memberi satu pengajaran penting. Sesuatu masalah yang berlaku di luar sempadan akhirnya boleh menjadi masalah kita. Begitu juga isu pelarian.
Konflik di negara lain mungkin jauh dari Malaysia, tetapi kesannya boleh menjadi buruk jika tiada kawalan berkesan.
Kita tidak mahu isu pelarian Rohingya menjadi seperti jerebu yang mana semua orang tahu ia masalah dan semua orang mengeluh apabila kesannya sampai kepada kita.
Namun, apabila keadaan reda, puncanya dan penyelesaiannya kembali dilupakan.
Di akhirnya, negara yang baik ialah negara yang mampu membantu mereka yang memerlukan, namun pada masa sama mempunyai sempadan yang kukuh, undang-undang yang dihormati dan dasar yang jelas.
Negara memerlukan dasar yang tegas kerana rakyat juga berhak menikmati udara yang bersih, ruang hidup yang selamat dan sebuah negara yang mempunyai masa depan yang terjamin.
The post Jerebu dan pelarian, ‘tetamu’ yang tidak diundang appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.