Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : 'Corporate Mafia', FELDA Abuse Of Power Claims Among Dewan Rakyat Focus Today47Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF46Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia45‘Bila rindu mereka, saya peluk beg sekolah’42World : Portugal Suspend Cristiano Ronaldo For 30 Days, Impose Us$286 Fine Over Camp Departure37Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan366 ditahan bantu siasatan kes dera wanita Indonesia36Abbe Hae didakwa ditahan polis36Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar35Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok35Yamal vs PSG: Ballon d’Or backdrop to Champions League showdown
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jerebu diramal pulih akhir bulan ini

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 07:31 MYTLatest activity 20 Oct, 07:31BMconfidence 60%

What happened

ARAU: Jerebu yang melanda Malaysia ketika ini dijangka beransur pulih menjelang akhir bulan ini apabila negara mula memasuki fasa peralihan monsun yang mempengaruhi pe­ningkatan hujan serta perubahan arah serta kelajuan angin. (Utusan Malaysia, 07:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Jerebu diramal pulih akhir bulan ini

By HAFIZ MUTALIB · 20 Oct, 07:31 MYT

ARAU: Jerebu yang melanda Malaysia ketika ini dijangka beransur pulih menjelang akhir bulan ini apabila negara mula memasuki fasa peralihan monsun yang mempengaruhi pe­ningkatan hujan serta perubahan arah serta kelajuan angin.

Pensyarah Fakulti Kejurute­raan dan Teknologi Awam Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Madya Dr. Nor­azian Mohamed Noor berkata, faktor tersebut membantu me­ngurangkan kepekatan bahan pencemar di atmosfera, disam­ping mengurangkan pengangkutan asap rentas sempadan dari Indonesia.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan cuaca jangka panjang Jabatan Meteorologi (METMalaysia) bagi Oktober sehingga Mac 2027, kebanyakan kawasan Malaysia dijangka masih menerima hujan sekitar purata klimatologi sepanjang bulan ini hingga Disember.

Katanya, sebagai contoh, Selangor diramal menerima antara 220 hingga 330 milime­ter (mm) hujan bulan ini dan 250 hingga 380 mm pada November.

Ujarnya, Kuala Lumpur pula dijangka menerima antara 240 hingga 360mm hujan pada Oktober dan 300 hingga 450mm pada November.

“Keadaan tersebut memberi petunjuk positif bahawa peningkatan hujan berpoten­si membantu memperbaiki kualiti udara di Malaysia. Ba­gaimana­pun pemulihan ter­sebut tidak semestinya berlaku secara serentak di semua kawasan di negara ini.

“Keadaan jerebu bukan sahaja dipengaruhi oleh hujan yang turun di Malaysia tetapi turut bergantung kepada akti­viti kebakaran, taburan hujan di kawasan sumber pencemaran serta arah pergerakan angin.

“Hujan di negara kita sahaja tidak mencukupi untuk memastikan jerebu rentas sempadan berakhir sekiranya kebakaran masih aktif di kawasan sumber (Indonesia),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

NORAZIAN MOHAMAED NOOR

Norazian memberitahu, ber­dasarkan analisis Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) bertarikh 13 Oktober lalu, sebahagian kawasan selatan Sumatera, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kali­mantan Selatan masih dijangka menerima hujan rendah iaitu kurang daripada 50mm bagi tempoh 10 hari tertentu sepanjang bulan ini.

Katanya, keadaan tersebut boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut khususnya apabila kawasan tersebut mengalami kekeringan berpanjangan.

“Bagaimanapun, ramalan BMKG itu turut menunjukkan peningkatan hujan di beberapa kawasan Sumatera dan Kalimantan menjelang November dan Disember dengan sebahagian kawasan berpotensi terima hujan melebihi 300mm sebulan.

“Sekiranya hujan secara berterusan dan meliputi kawasan kebakaran, keadaan ini boleh membantu mengurangkan aktiviti kebakaran dan penghasilan asap,” katanya.

Sementara itu, Norazian berkata, risiko jerebu sekira­nya bertembung dengan El Nino yang sangat kuat juga perlu diberikan perhatian.

Katanya, fenomena tersebut boleh mengubah corak taburan hujan di rantau Asia Tenggara menyebabkan sesetengah kawasan mengalami pengura­ngan hujan, peningkatan suhu dan tempoh cuaca kering yang lebih panjang.

“Di negara ini, METMalaysia sebelum ini turut mengunjurkan kemungkinan pengurangan hujan sekitar 20 hingga 40 peratus di Johor dan Melaka semasa Monsun Timur Laut 2026/2027 akibat pengaruh El Nino tersebut.

“Walaupun ramalan terkini masih menunjukkan kebanyakan kawasan di Malaysia berpotensi menerima hujan sepanjang Oktober hingga Disember, kesan El Nino dijangka lebih ketara di beberapa kawasan menjelang awal 2027.

“Bagaimanapun, El Nino tidak bermaksud seluruh Malaysia atau Indonesia akan mengalami kemarau secara serentak. Kesan fenomena ini berbeza mengikut kawasan dan musim.

“Oleh itu, ramalan hujan mengikut wilayah lebih penting untuk menilai risiko jerebu berbanding hanya melihat kekuatan indeks El Nino,” katanya.

Menurut beliau lagi, dalam konteks jerebu, El Nino bukan punca langsung kepada pencemaran udara sebaliknya keadaan panas dan kering itu boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut.

Katanya, kebakaran tanah gambut amat membimbangkan kerana boleh berlarutan dalam tempoh jangka panjang serta menghasilkan asap mengandungi zarah halus yang berbahaya untuk kesihatan.

“Sekiranya kebakaran berskala besar berlaku ketika keadaan atmosfera dan arah angin menggalakkan pengangkutan asap ke Malaysia, risiko episod jerebu lebih serius tidak boleh diketepikan.

“Namun, kita tidak boleh terus menyimpulkan bahawa jerebu kali ini akan menjadi lebih buruk daripada episod 2015 hanya berdasarkan kekuatan El Nino. Tahap keseriusan sebenar masih bergantung kepada keluasan kebakaran, keberkesanan usaha pemadaman serta keadaan meteorologi semasa,” katanya. – UTUSAN

The post Jerebu diramal pulih akhir bulan ini appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:00
Latest 08:11 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 07:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jerebu diramal pulih akhir bulan ini
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.