
Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM (Harian Metro, 11:58)
Read the reporting
1 report
Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui berdepan kesukaran mencari pengganti berkualiti bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih beregu campuran negara yang ditinggalkan Nova Widianto sejak 31 Julai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, usaha mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman terbatas apabila kebanyakan calon pilihan masih terikat dengan kontrak bersama pasukan masing-masing sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Beliau berkata, BAM sudah menghubungi beberapa calon termasuk bekas jurulatih negara, Chin Eei Hui yang kini berada di New Zealand, serta Jeremy Gan yang bertugas di Hong Kong, namun kedua-duanya masih terikat dengan kontrak masing-masing.
"Kita masih mencari. Bukan senang untuk mendapatkan jurulatih kerana kebanyakannya sudah terikat dengan kontrak sehingga Olimpik 2028.
"Kita sudah menawarkan jawatan itu kepada beberapa jurulatih tempatan, tetapi mereka semua masih mempunyai kontrak. Kita faham situasi mereka dan perlu mencari penyelesaian lain," katanya ketika dihubungi.
Chong Wei mengakui BAM perlu segera mencari jalan penyelesaian memandangkan tahun depan menjadi tempoh penting buat badminton negara, terutama menjelang permulaan kelayakan ke Olimpik 2028.
Beliau berkata, sekiranya calon sesuai masih gagal dikenal pasti, BAM perlu mempertimbangkan langkah alternatif bagi memastikan persiapan beregu campuran negara tidak terjejas.
Mengulas laporan yang mengaitkan ketua jurulatih beregu remaja negara, Pang Cheh Chang dengan jawatan berkenaan, Chong Wei mengesahkan nama jurulatih itu ada dalam senarai calon, namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini.
"Memang nama dia ada dalam senarai pendek, tetapi kita belum membuat keputusan. Kita perlu berbincang dalam jawatankuasa untuk menentukan calon pertama, kedua dan ketiga sebelum mengemukakannya kepada Presiden BAM (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) untuk kelulusan.
"Selepas mendapat persetujuan, barulah kita boleh mengumumkan keputusan itu," katanya.
Nova meninggalkan BAM untuk kembali menyertai skuad kebangsaan Indonesia selepas menjadi watak penting membantu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara pada Kejohanan Dunia di Paris tahun lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.