Malaysian Attention Engine
Live wire
45Football: Soccer-Egg-freezing policies progressive but player choice crucial, FIFPRO's Culvin says41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40Opposition leader challenges Putrajaya to revive GST, end ‘uncertainty’40Lelaki dibelasah guna topi keledar, lima individu dicari polis40Business : No Meetings Held, No Agreements Reached With AirAsia – Loke38General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting38General : MOE's Petah Competition Must Continue To Foster Multiracial Unity - Fadhlina37Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus36Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar36Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta35AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say34Israel teruskan serangan udara, bedil artileri di selatan Lubnan di sebalik perjanjian AS
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

JPN rekod 263,608 pemegang MyKad merah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 17:41 MYTLatest activity 12 Oct, 17:41BMconfidence 60%

What happened

JPN rekod 263,608 pemegang MyKad merah (Harian Metro, 17:41)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

JPN rekod 263,608 pemegang MyKad merah

By Paya Linda Yahya · 12 Oct, 17:41 MYT

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 263,608 pemegang kad pemastautin tetap (MyPR) atau MyKad merah di seluruh negara setakat ini.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata jumlah terbabit adalah kumulatif sejak dokumen berkenaan mula dikeluarkan, tanpa tempoh khusus, dengan anggaran purata 10,000 hingga 12,000 pemegang baharu setiap tahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, sehingga hari ini terdapat 263,608 Mykad merah dikeluarkan di seluruh negara.

"Jumlah ini adalah sejak ia dikeluarkan sehingga kini. Kalau nak statistik lima tahun, boleh lah, purata dalam 10,000 ke 12,000 setahun, tapi rekod yang kita ada 263,608 bermula daripada dulu," katanya ditemui pada Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara peringkat Negeri di Pos Balar, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai jumlah masyarakat Orang Asli di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai data yang tepat mengenai jumlah terbabit.

Justeru, katanya, JPN sentiasa turun padang dan mendekati komuniti itu bagi membolehkan mereka memohon kad pengenalan.

"Contoh program pada hari ini, kita mendekati masyarakat Orang Asli dan kita tidak tahu berapa ramai yang masih tak ada kad pengenalan. Kita pun tak tahu berapa orang yang akan hadir. Tapi alhamdulillah kita sudah menerima lebih daripada 30 permohonan kad pengenalan bagi yang berusia 12 tahun," katanya.

Beliau berkata, situasi yang sama sama turut berlaku di Sarawak, di mana kehadiran untuk membuat kad pengenalan adalah secara sukarela dan bergantung kepada inisiatif individu berkenaan.

Katanya, setiap tahun kelahiran yang berlaku dalam negara adalah lebih kurang 500,000 setahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:0020:00
Latest 20:04 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 17:41 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

JPN rekod 263,608 pemegang MyKad merah
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

JPN rekod 263,608 pemegang MyKad merah · Malaysian Attention Engine