Malaysian Attention Engine
Live wire
58General : Super El Nino Forecast For March-May 2027, Maximum Temperatures Could Break 40.1°c Record50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok48630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri45Penganggur didakwa menyamar pegawai DBKL, tipu peniaga dapatkan lesen44Lorry driver in Shah Alam 12-vehicle pile-up pleads not guilty to drug-impaired driving42Tennis-Swiatek aiming to end year on a positive note as WTA Finals spot hangs in balance42Business : Labuan IBFC Climbs 11 Places To 44th In Global Financial Centres Index39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems38Taman perindustrian dengan sistem perlindungan banjir 100 tahun tarik keyakinan pelabur36General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid35General : Prosecutorial Independence Must Not Be Compromised - Azalina
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

JustGO rekod lebih tiga juta transaksi pembayaran tol

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 14:14 MYTLatest activity 13 Oct, 14:14BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Sistem pembayaran tol berasaskan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), JustGO mencatatkan lebih tiga juta transaksi dalam keadaan trafik sebenar. (Utusan Malaysia, 14:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

JustGO rekod lebih tiga juta transaksi pembayaran tol

By .ZAHRA MOHAMAD ZHAHIR · 13 Oct, 14:14 MYT

PETALING JAYA: Sistem pembayaran tol berasaskan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), JustGO mencatatkan lebih tiga juta transaksi dalam keadaan trafik sebenar.

Menurut JustGO, pencapaian tersebut merupakan satu langkah praktikal ke arah pelaksanaan penuh aliran bebas berbilang lorong (MLFF) di Malaysia.

Katanya, sistem itu kini tersedia di 93 plaza tol melibatkan 966 lorong, membolehkan pengguna berdaftar bebas masuk dan keluar melalui mana-mana lorong di plaza tol yang mengambil bahagian.

Katanya, kemudahan dikenali sebagai #Lane Freedom itu menggunakan nombor pendaftaran kenderaan sebagai asas pembayaran tol.

“JustGO menggunakan teknologi ANPR untuk membaca nombor pendaftaran kenderaan yang berdaftar dan membolehkan tol dibayar melalui kad debit atau kredit yang telah dipautkan.

“Pengguna tidak perlu menyentuh kad, menambah nilai baki berasingan atau memasang peranti dalam kenderaan. Pendaftaran percuma dan kadar tol biasa dikenakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut JustGO, sistem pembayaran terbuka itu kini menyokong kad debit dan kredit, manakala pembayaran terus daripada akaun bank serta melalui e-dompet akan diperkenalkan secara berperingkat.

Jelasnya, langkah seterusnya adalah memperluas penggunaan sistem berkenaan ke lebih banyak lebuh raya berdasarkan pengalaman mengendalikannya dalam keadaan trafik sebenar.

“Penyertaan lebih banyak lebuh raya dalam platform yang sama akan memberi pengguna lebuh raya pengalaman pembayaran tol yang lebih lancar merentas rangkaian, di samping mengukuhkan kesalingoperasian sebagai persediaan ke arah MLFF,” katanya.

Sementara itu, pengguna JustGO, Victor Lee Wei Han berkata, sistem berkenaan membolehkannya memilih lorong lain apabila berdepan kesesakan di plaza tol.

“JustGO mengatasi satu masalah biasa di plaza tol, iaitu kesesakan kerana lorong ditetapkan mengikut kaedah pembayaran. Sekarang, saya boleh pilih lorong lain daripada terus menunggu dalam barisan itu,” katanya.

Seorang lagi pengguna JustGO, Amirul Hakim Roslan berkata, sistem berkenaan memudahkannya memilih lorong tanpa perlu mengingati kaedah pembayaran yang digunakan ketika memasuki lebuh raya.

“Kadangkala saya terlupa sama ada saya masuk menggunakan kad atau RFID. Apabila hendak keluar dari lebuh raya, saya perlu ingat semula kaedah yang saya gunakan.

“Dengan JustGO, saya bebas memilih mana-mana lorong tanpa perlu memikirkan cara saya membayar. Ia sangat memudahkan saya,” katanya. – UTUSAN

The post JustGO rekod lebih tiga juta transaksi pembayaran tol appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:56 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 14:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    14:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

JustGO rekod lebih tiga juta transaksi pembayaran tol · Malaysian Attention Engine