Malaysian Attention Engine
Live wire
56Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok51Minister: Anti-scalping provisions to be added to Price Control Act50McDonald's tunai janji serah ganjaran RM50,000 kepada PSM44Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara38Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie37SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG36[TINJAUAN] Jerebu: Anak di rumah, ibu bapa bekerja, siapa pantau PdPR?36Indonesia tidak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini36Business : Malaysia's Semiconductor Exports To US Remain Exempt From Tariffs - Johari36KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'
NewConfirmedupdated 46 min ago

630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:36 MYTLatest activity 13 Oct, 15:52BMconfidence 86%

What happened

ALOR SETAR – Seramai 630 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan besar-besaran Jabatan Imigresen (JIM) di tapak pembinaan kilang bateri kereta di Padang Meha, Kulim semalam. (Kosmo!, 15:36)

Read the reporting

2 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri

By NORLIDA AKMAR IDROS · 13 Oct, 15:36 MYT

ALOR SETAR – Seramai 630 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan besar-besaran Jabatan Imigresen (JIM) di tapak pembinaan kilang bateri kereta di Padang Meha, Kulim semalam.

Mereka terdiri daripada 396 warga China, 199 Bangladesh, Pakistan (10), Myanmar (tujuh), India (lima), Ghana (empat), Nigeria (tiga), Kenya (dua), Indonesia (dua) serta masing-masing seorang warga New Zealand dan Senegal.

Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan selepas penguat kuasa JIM memeriksa 697 individu dalam Ops Mega yang bermula kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

Antara yang mencuri perhatian ialah penahanan warga Nigeria, Kenya, Ghana, Senegal dan New Zealand yang jarang ditemui bekerja di tapak pembinaan, selain seorang warga China yang memiliki pasport rasmi dan statusnya masih disiasat.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, operasi itu membabitkan 159 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM, Pasukan Taktikal Khas (Pastak), serta JIM Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan hasil maklumat dan risikan pihaknya.

“Ini merupakan jumlah tangkapan paling besar di satu lokasi dalam tempoh 10 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Utama Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan yang disiasat ialah tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas atau permit kerja.

Katanya, terdapat kes warga asing yang dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum bekerja di tapak pembinaan, manakala kesalahan lain termasuk bekerja di lokasi berbeza atau dengan majikan yang tidak dibenarkan.

“Setiap pasport dan dokumen yang dirampas perlu diperiksa secara teliti termasuk bagi mengesahkan ketulenannya sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Menurutnya, enam saman saksi dikeluarkan bagi membantu siasatan, termasuk terhadap majikan atau wakil syarikat yang berada di lokasi ketika serbuan dijalankan.

Mengulas cabaran operasi, beliau berkata, sebahagian warga asing cuba melarikan diri dengan bersembunyi di kawasan berisiko termasuk menaiki bumbung bangunan belum siap, manakala tindakan provokasi sekumpulan individu turut mencetuskan ketegangan.

“Operasi di kawasan seluas hampir 500,000 meter persegi itu turut berdepan cabaran keselamatan apabila hujan menyebabkan laluan licin dan berlumpur, selain lubang lif, besi tetulang terdedah serta pergerakan jentera berat,” jelasnya.

Beliau berkata, tapak pembinaan kilang berkenaan pernah diserbu JIM tahun lalu dengan kira-kira 100 warga asing ditahan ketika pembinaan fasa pertama. – KOSMO! ONLINE

The post 630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 48first news pick-upNEWnow16:00
Latest 16:31 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 15:36 MYT
Origin confidence 90% · 16 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    15:36

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.