Malaysian Attention Engine
Live wire
59Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah56Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR43Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi42Sport : Jefri, Arrifin Swap NSC, Sports Commissioner Posts - KBS40China-North Korea bridge to open on October 1540BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah40Man gets over 8 years’ prison for forcing 3-year-old to eat faeces39General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine39Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?38Dua kapal berdaftar di Singapura ditembak di Selat Hormuz, satu tenggelam36General : Electricity Tariffs, Data Centres And Haze Impact Among Key Issues In Dewan Rakyat Today35World : Egypt Discovers Fragments Of Two Colossal Ramses II Statues
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

K-Halal Food Festival semarakkan pengalaman makanan, budaya Korea

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 09:45 MYTLatest activity 15 Oct, 09:45BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR - K-Halal Food Festival di Sunway Pyramid di sini, bukan sekadar menghimpunkan peminat makanan Korea, sebaliknya menawarkan pengalaman budaya dan gaya hidup yang meriah menerusi gabungan makanan halal, hiburan mesra keluarga serta pelbagai aktiviti interaktif.Acara anjuran aT Center Kuala Lumpur (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Cooperation) yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya mewujudkan suasana positif dengan sambutan pengunjung yang menggalakkan, selain penglibatan aktif pemain industri dalam memperkenalkan kepelbagaian produk makanan halal Korea kepada pengguna Malay (Sinar Harian, 09:45)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

K-Halal Food Festival semarakkan pengalaman makanan, budaya Korea

By Sinar Harian · 15 Oct, 09:45 MYT

KUALA LUMPUR - K-Halal Food Festival di Sunway Pyramid di sini, bukan sekadar menghimpunkan peminat makanan Korea, sebaliknya menawarkan pengalaman budaya dan gaya hidup yang meriah menerusi gabungan makanan halal, hiburan mesra keluarga serta pelbagai aktiviti interaktif.Acara anjuran aT Center Kuala Lumpur (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Cooperation) yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya mewujudkan suasana positif dengan sambutan pengunjung yang menggalakkan, selain penglibatan aktif pemain industri dalam memperkenalkan kepelbagaian produk makanan halal Korea kepada pengguna Malaysia.Pengarah aT Center Kuala Lumpur, Chang Chung Ho berkata, konsep acara berteraskan pengalaman itu membolehkan pengunjung bukan sahaja meneroka dan mencuba pelbagai produk halal korea disamping menikmati persembahan kebudayaan, aktiviti interaktif, permainan serta pengalaman K-culture yang sesuai untuk seisi keluarga.Jelas beliau, lebih menarik lagi, festival itu turut menampilkan pilihan produk makanan halal Korea yang dikurasi, termasuk beberapa tawaran baharu bersama sesi pensampelan yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali kepelbagaian serta profil rasa produk berkenaan."Pendekatan ini dilihat selari dengan minat yang semakin berkembang terhadap makanan Korea dan K-culture dalam kalangan pengguna Malaysia, sekali gus menjadikan K-Halal Food Festival sebagai ruang pertemuan antara makanan,budaya dan gaya hidup."Antara tarikan utama ialah 'Live Cooking Studio' yang memberikan pengalaman lebih dekat kepada pengunjung terhadap penyediaan makanan Korea, selain menghidupkan suasana festival dengan elemen kulinari secara langsung."Tidak ketinggalan, 'Healthy and Fresh Zone' turut menjadi antara segmen yang diketengahkan menerusi peluang untuk pengunjung merasai premium Hanwoo beef, selain meneroka buah-buahan Korea yang segar dari ladang serta produk wellness," katanya.Dalam pada itu, elemen kebudayaan Korea turut diberi penekanan menerusi persembahan dinamik termasuk demonstrasi Taekwondo dan persembahan tarian K-pop cover.Persembahan berkenaan bukan sahaja menghiburkan pengunjung, malah menjadi medium untuk memperkenalkan dan meraikan budaya Korea menerusi pengalaman yang lebih dekat, santai dan interaktif.Gabungan makanan, persembahan, permainan serta aktiviti tradisional itu turut menjadikan acara berkenaan lebih menarik kepada pelbagai peringkat umur, khususnya keluarga, golongan muda, peminat K-culture, pencinta makanan dan pengguna yang berminat dengan makanan halal Korea serta pengalaman gaya hidup Korea.Selain sajian makanan halal, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan khas AMBIGUOUS Dance Company dari Korea Selatan yang menampilkan keunikan dan tenaga tarian Korea secara langsung di festival itu.Selain memberi tumpuan kepada pengguna, K- Halal Food Festival turut menyediakan ruang untuk penglibatan secara edukatif serta perbincangan mengenai perkembangan ekosistem makanan halal Korea di Malaysia.Antara perkara yang diketengahkan ialah kepentingan ketulenan makanan, ketelusan serta kepercayaan pengguna dalam rantaian bekalan K-Halal, selaras dengan usaha memperkukuh pemahaman pengguna terhadap produk makanan halal Korea.Aspek berkenaan penting dalam memastikan perkembangan makanan Korean Halal bukan hanya dilihat dari sudut trend makanan dan budaya popular, tetapi turut mengambil kira keyakinan pengguna terhadap produk yang ditawarkan.Penganjuran K-Halal Food Festival juga memperlihatkan bagaimana makanan boleh menjadi medium pertukaran budaya apabila pengguna berpeluang mengenali Korea menerusi cita rasa, persembahan dan aktiviti kebudayaan dalam satu pengalaman yang menyeluruh.Dalam masa sama, acara itu mengukuhkan kedudukan K-Halal Food Festival sebagai platform yang menghubungkan penglibatan pengguna dengan kerjasama industri, selain meningkatkan kesedaran mengenai produk makanan halal Korea dan budaya Korea dalam kalangan masyarakat Malaysia.Program itu turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Taekkyeon dari Korea Selatan serta demonstrasi masakan menggunakan bahan dan produk makanan Korea oleh Pempengaruh media sosial Durian Kimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang juga Duta Kehormat Makanan Korea ASEAN.Pada majlis itu, pasangan Durian Kimchi juga memperkenalkan menu seperti galbitang dan kimchi goreng yang memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mencuba hidangan Korea sebagai pilihan sajian harian keluarga.Secara keseluruhannya, K-Halal Food Festival berjaya menggabungkan elemen makanan, budaya, hiburan dan pengalaman keluarga dalam sebuah acara yang meraikan populariti Korean Halal food serta K-culture dalam pasaran Malaysia.Acara ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman Korea menerusi makanan, budaya dan gaya hidup, di samping mengetengahkan tarikan makanan halal Korea yang semakin mendapat perhatian serta kepentingan ketulenan, ketelusan dan kepercayaan pengguna dalam ekosistem K-Halal.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:42 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
15 Oct, 09:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.