
Kalau nak tahu wujud nepotisme atau tak, datanglah tonton PGLM - Mila Mohsin
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kalau nak tahu wujud nepotisme atau tak, datanglah tonton PGLM - Mila Mohsin (Google News Malaysia (BM), 14:14)
Read the reporting
1 report
Kalau nak tahu wujud nepotisme atau tak, datanglah tonton PGLM - Mila Mohsin
PETALING JAYA: Mila Mohsin berharap individu yang mempersoalkan pemilihan dirinya sebagai teraju utama Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) menonton pementasan itu terlebih dahulu sebelum membuat penilaian terhadap kemampuan menghidupkan watak Gusti Putri Retno Dumilah.
Mila mengakui sedikit sebanyak timbul rasa kecewa apabila pemilihannya dipertikaikan, malah, ada yang mendakwa wujud unsur nepotisme dalam pemilihan barisan pelakon naskhah epik berkenaan.
"Sebagai manusia biasa, tentunya ada rasa sedih. Kenapalah orang perlu berfikir sampai begitu sekali? Namun, sebenarnya saya lebih kecewa dengan pemikiran sedemikian.
"Mungkin mereka tidak tahu proses sebenar, jadi, mudah untuk bercakap. Kalau nak tahu wujud nepotisme atau tidak, datanglah tonton sendiri PGLM.
"Bukan mudah untuk menjayakan watak ini dan bukan semua orang boleh membawakannya. Kalau ada orang lain yang lebih sesuai, saya okay saja.
"Saya yakin ibu (Puan Sri Tiara Jacquelina) pun begitu. Sesiapa yang sesuai, pasti dia akan pilih," katanya ketika ditemui pada sesi latihan dan pratonton khas media di Enfiniti Academy, di sini, baru-baru ini.
Mila berkata, seperti pelakon lain, dia turut menjalani proses uji bakat yang disifatkan bukan sesuatu yang mudah.
Katanya, tanggapan bahawa statusnya sebagai anak pengarah membolehkannya terlepas daripada proses berkenaan adalah tidak tepat, sedangkan dia perlu membuktikan kemampuan sendiri untuk menghidupkan watak diberikan.
"Pasti ada yang anggap saya tidak perlu pun lalui proses uji bakat. Namun, mereka tidak tahu bagaimana proses itu berlangsung dan betapa sukarnya.
"Kalau saya melangkau semua proses itu, sayalah yang akan susah di atas pentas nanti kerana tidak tahu cara menghidupkan watak berkenaan.
"Saya jenis orang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh, saya nak buat semua benda. Kalau ada yang kata tidak perlu buat, saya tetap nak buat juga. Kalau tidak, saya sendiri tidak akan berpuas hati.
"Walaupun anak pengarah, usaha saya bukan saja perlu berlipat ganda, malah saya juga perlu lebih berdisiplin dan teliti," katanya.
Mila berkata, bekerja di bawah arahan ibunya sendiri juga tidak bermakna dia mendapat layanan istimewa berbanding pelakon lain.
Sebaliknya, dia menerima layanan sama rata, termasuk teguran serta nota mengenai prestasi dan kualiti lakonannya di atas pentas.
Malah, Mila mengakui tidak menyangka akan begitu selesa bekerja di bawah arahan ibunya, meskipun menyedari Tiara seorang yang cerewet dan teliti dalam memastikan setiap aspek pementasan mencapai standard ditetapkan.
"Saya pun tidak sangka suka bekerja dengan ibu. Kami tidak mencampuradukkan hubungan ibu dan anak dengan urusan pelakon dan pengarah.
"Secara peribadi, saya tidak suka mencampurkan urusan peribadi dengan kerja. Malah, jika kami makan malam bersama, kami langsung tidak berbincang mengenai kerja," katanya.
Bercerita mengenai watak Gusti Putri Retno Dumilah, Mila menjelaskan tanggungjawab menghidupkan karakter itu tetap mencabar meskipun berkongsi watak sama dengan penyanyi, Aisha Retno.
Katanya, perbezaan keperibadian dan pendekatan lakonan menyebabkan masing-masing mempunyai gaya persembahan tersendiri, namun kedua-duanya perlu mengekalkan roh watak yang sama.
"Walaupun kami berkongsi watak sama, gaya persembahan saya dan Aisha berbeza kerana kami juga mempunyai keperibadian berbeza.
"Namun, jiwa Gusti Putri itu perlu kekal sama dan kami perlu kembali kepada roh watak berkenaan," katanya.
Selain Mila dan Aisha, PGLM edisi 2026 turut menampilkan Aqasha sebagai Hang Tuah, Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka dan Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati, manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah berkongsi watak Bayan.
PGLM bakal dipentaskan dari 31 Oktober hingga 15 November ini di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway Square.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)14:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.