
Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tabung Haji memaklumkan sistem dan perkhidmatan utama kembali beroperasi selepas serangan siber, dengan simpanan pendeposit selamat walaupun beberapa fungsi THiJARI masih terjejas. (Astro Awani (BM), 11:15)
Read the reporting
3 reports
Perkhidmatan TH kembali pulih selepas serangan siber
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sistem dan perkhidmatan utama Lembaga Tabung Haji (TH) kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan.
TH dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya kesal atas serangan siber terhadap sistemnya yang menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada pendeposit.
Sehubungan itu, katanya, bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit, TH mengambil langkah menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatan di semua saluran pada Khamis lalu.
"TH memahami kebimbangan pendeposit, khususnya mereka yang mempunyai urusan kewangan mendesak, dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul.
"Bagaimanapun, sejak insiden terbabit pasukan dalaman TH bekerjasama dengan pakar luar serta pihak berkuasa keselamatan siber negara untuk menyiasat kejadian, menangani ancaman dan memulihkan sistem.
"Serangan ini adalah perbuatan jenayah terhadap TH dan negara yang bertujuan menjejaskan operasi serta perkhidmatan," katanya.
Susulan itu, TH sudah membuat laporan polis dan melaporkan perkara itu kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Katanya, hasil usaha bersama itu cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan kembali beroperasi mulai semalam, manakala semua cawangan di negeri lain dibuka seperti biasa hari ini selain perkhidmatan melalui bank rakan strategik TH juga kembali aktif.
"Bagi THiJARI, semua fungsi kembali beroperasi kecuali penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian.
"Ini kerana ketiga-tiga fungsi ini masih memerlukan tindakan pemulihan lanjut sebelum dapat diaktifkan semula. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TH dari semasa ke semasa," katanya.
TH turut memberi jaminan simpanan pendeposit adalah selamat dan pemantauan rapi serta pengukuhan keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem dan perkhidmatan yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar.
"Bagaimanapun, pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH," katanya.
Untuk sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan, boleh hubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di 03-62071919.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- 4 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)11:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Astro Awani (BM), Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.