Malaysian Attention Engine
Live wire
44Trump backs ally Netanyahu ahead of Israel’s tight election44Business : Zetrix AI Withdraws 0.25 Sen Interim Dividend To Preserve Working Capital41Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq39Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz36Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian3625,000 ziarah pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun Mahathir36Polis bertempur penunjuk perasaan di Perancis36Pakistan bangkit 'ajar' China35Abbe Hae didakwa ditahan polis35Agong berkenan terima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia
NewConfirmedupdated 1 h ago

'Kami catu makan nasi sehari sekali' - Ibu lima anak

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 10:03 MYTLatest activity 19 Oct, 10:20BMconfidence 80%

What happened

ALOR SETAR: Hanya mampu makan nasi sekali sehari dan menjamah biskut sebagai pengalas perut pada waktu malam. (Berita Harian, 10:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

'Kami catu makan nasi sehari sekali' - Ibu lima anak

By Noorazura Abdul Rahman · 19 Oct, 10:03 MYT

ALOR SETAR: Hanya mampu makan nasi sekali sehari dan menjamah biskut sebagai pengalas perut pada waktu malam.

Itu realiti terpaksa dilalui seorang ibu bersama lima anaknya selepas suami yang menjadi tonggak keluarga terlantar sakit akibat menjadi mangsa kemalangan langgar lari pada 31 Ogos lalu.

Siti Aliyaa Hani Abdul Rahman, 36, berkata kejadian pada malam sambutan Hari Kebangsaan itu menyebabkan suaminya Mohd Wira Zakaria, 40, koma selama sebulan berikutan kecederaan otak yang serius.

Katanya, dia pula tidak dapat keluar mencari rezeki berniaga roti canai kerana menjaga suami yang perlu diberikan susu khas setiap tiga jam dan membuang kahak dengan kerap.

"Suami dan anak saya dilanggar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar tepung kepada saya di gerai. Saya dan suami menjual roti canai bermula tengah malam hingga pagi di pasar borong Alor Setar.

"Motosikal ditunggang suami dirempuh kereta menyebabkannya mengalami kecederaan serius pada otak sehingga koma hampir sebulan.

"Dia dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama 21 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa selama 10 hari. Anak saya berusia tujuh tahun pula hanya luka ringan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Indah di sini.

Siti Aliyaa berkata, suaminya turut disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap lima.

Katanya, dia tidak mampu mendapatkan rawatan dialisis untuk suaminya kerana perlu menyewa ambulans dengan kos RM300 setiap kali pergi dan balik ke HSB.

"Duit untuk beli susu khas, peralatan seperti tiub, lampin pakai buang dan sebagainya mencecah RM1,500 sebulan.

Saya juga perlu bayar sewa rumah RM700 sebulan dan sekarang kami hanya bergantung dengan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM800 dan zakat RM500 sebulan.

"Sebab itu kami sekeluarga terpaksa catu makan nasi sehari sekali dan biskut sahaja pada waktu malam, itu pun tiap-tiap malam dapat makan biskut saya menangis fikir nasib anak-anak, mereka perlu cukup makan untuk belajar," katanya yang kini menanggung anak berusia antara enam hingga 18 tahun, termasuk dua anak lelaki berusia 10 dan tujuh tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Siti Aliyaa berkata, dia reda dengan ujian Ilahi namun tetap berharap keajaiban berlaku supaya suaminya dapat sembuh.

"Doktor tak dapat beri jawapan suami saya akan boleh berjalan semula atau tidak, sekarang ini ada pergerakan pada mata dan kakinya sedikit," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 10:30 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 10:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.