
Polis bertempur penunjuk perasaan di Perancis
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PARIS: Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan terhadap penunjuk perasaan di bandar raya Paris, Lyon dan Strasbourg di Perancis yang membantah kenaikan kos sara hidup di seluruh negara, kata Kementerian Dalam Negeri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). (Berita Harian, 07:35)
Read the reporting
1 report
Polis bertempur penunjuk perasaan di Perancis
PARIS: Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan terhadap penunjuk perasaan di bandar raya Paris, Lyon dan Strasbourg di Perancis yang membantah kenaikan kos sara hidup di seluruh negara, kata Kementerian Dalam Negeri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pertempuran awal berlaku ketika bantahan diadakan di seluruh Perancis.
Di Marseille, penunjuk perasaan cuba menceroboh balai polis dan menjarah kedai, kata Kementerian Dalam Negeri.
Kira-kira 100 orang ditahan kerana membawa senjata dan barangan larangan lain, menurut pihak berkuasa polis Paris.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pada malam sebelumnya menggesa orang ramai agar mengadakan perhimpunan secara aman.
Kementerian Dalam Negeri merekodkan 140 aksi bantahan di seluruh negara menjelang tengah hari, yang membabitkan 32,800 peserta.
Kementerian itu memaklumkan seramai 166 orang ditahan di seluruh negara setakat ini.
Sehingga 170,000 penunjuk perasaan dijangka berhimpun di seluruh Perancis, dengan antara 30,000 hingga 60,000 daripadanya bertumpu di Paris sahaja.
Perarakan dirancang di Paris dan kebanyakan bandar lain pada awal tengah hari Sabtu.
Kementerian Dalam Negeri berkata, terdapat pergerakan secara meluas oleh kumpulan radikal haluan kiri yang bertujuan mencetuskan kekacauan.
Serangan ganas secara bersasar oleh individu bertopeng dikesan terutamanya di Paris, Marseille, Rennes, Toulouse dan Angers.
Kementerian itu turut melaporkan percubaan menjarah, serangan ke atas pegawai penguat kuasa undang-undang, pembakaran di kawasan awam serta serangan bersasar ke atas pihak berkuasa dan media.
Kira-kira 100 individu bertopeng menyekat laluan masuk ke saluran televisyen haluan kanan CNews di Paris, lapor agensi media.
Bangunan berkenaan turut menempatkan stesen radio Europe 1.
Pelajar sekolah dan universiti turut merancang untuk menyertai hari bantahan berkenaan.
Mereka berdemonstrasi selama beberapa minggu bagi menuntut kemudahan pembelajaran dan kelengkapan sekolah yang lebih baik. – BERNAMA-dpa
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.