
Karnival Jom Heboh gegar Johor Bahru hujung bulan ini
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Johor Bahru: Khabar gembira buat warga Johor apabila Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 bakal menceriakan hujung minggu warga selatan bermula 30 Oktober hingga 1 November ini. (Harian Metro, 11:31)
Read the reporting
1 report
Karnival Jom Heboh gegar Johor Bahru hujung bulan ini
Johor Bahru: Khabar gembira buat warga Johor apabila Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 bakal menceriakan hujung minggu warga selatan bermula 30 Oktober hingga 1 November ini.
Karnival anjuran Media Prima yang berlangsung selama tiga hari di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, menjanjikan pelbagai tawaran menarik serta aktiviti mesra keluarga yang meraikan semangat kebersamaan masyarakat tempatan.
Memasuki penganjuran tahun ke-23, acara yang diiktiraf sebagai Longest Running Outdoor Carnival oleh The Malaysia Book of Records ini secara puratanya menarik lebih 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi penganjuran.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti pertandingan karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, pertandingan mewarna, sesi Zumba, Jom Lokal Jam, serta sesi temu mesra bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9.
Selain hiburan, pengunjung juga boleh memanfaatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma yang disediakan di tapak karnival.
Kemuncak kehangatan acara semestinya dinantikan menerusi Konsert Jom Heboh yang bakal menggegarkan pentas utama pada malam Sabtu dan Ahad.
Bagi penggemar aktiviti sihat, KJH Johor Bahru turut dibawakan khas bersama acara larian Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP.
Selepas sambutan hangat di Kota Samarahan dan Miri, larian edisi Johor Bahru ini tampil lebih meriah dengan dua kategori jarak iaitu 5 kilometer (KM) dan 8KM.
Memahami keutamaan masa bersama keluarga, Pakej Keluarga eksklusif turut diperkenalkan bagi kategori 5KM yang membolehkan pendaftaran empat orang peserta dalam satu pakej pada kadar istimewa.
Setiap peserta larian bakal menerima jersi rasmi, pingat finisher eksklusif, beg tote, bib dan barangan cenderahati.
Malah, 50 hadiah cabutan bertuah menanti peserta, di samping peluang berlari bersama selebriti dan personaliti Media Prima.
Bagi sesiapa yang mahu berbelanja atau menikmati sajian popular, lebih 150 reruai promosi disediakan merangkumi pelbagai jenama terkenal seperti Mi Sedaap, FGV, BABA'S, AFFIN Bank, dan CELCOMDIGI, selain kepelbagaian jualan makanan 'viral'.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan suasana di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall sepanjang hujung minggu berkenaan.
Pengunjung juga digalakkan berkongsi detik menarik sepanjang acara di media sosial menggunakan tanda pagar rasmi #KJH, #KarnivalJomHeboh dan #KJHJohor.
Maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti boleh didapati menerusi laman web www.jomheboh.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram @jomhebohofficial.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.