
Karnival Kita Palma perkasa gerakan komuniti
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA – UMNO Bahagian Bukit Gantang memperkukuh gerakan kemasyarakatan menerusi penubuhan SBX yang bakal melaksanakan pelbagai program kebajikan, pendidikan, sukan dan pembangunan belia sepanjang tahun. (Kosmo!, 17:59)
Read the reporting
1 report
Karnival Kita Palma perkasa gerakan komuniti
PETALING JAYA – UMNO Bahagian Bukit Gantang memperkukuh gerakan kemasyarakatan menerusi penubuhan SBX yang bakal melaksanakan pelbagai program kebajikan, pendidikan, sukan dan pembangunan belia sepanjang tahun.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, gerakan itu akan bermula di Kampung Paya Baharu, Kamunting, sebelum diperluaskan ke seluruh Taiping dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada Disember ini.
Menurutnya, SBX diwujudkan bagi menggalakkan masyarakat memainkan peranan lebih aktif dalam membantu komuniti, termasuk menerusi program kebajikan dan bantuan bencana.
“Kita mahu masyarakat yang bukan sekadar menunggu bantuan, tetapi tampil membantu,” katanya dalam kenyataan bersempena Karnival Kita Palma 2026 di Kampung Paya Baru hari ini.
Menurutnya karnival selama tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih 5,000 penduduk daripada beberapa kawasan termasuk Taman Palma, Taman Yayasan dan Kampung Paya Baru menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Antara pengisian karnival ialah aktiviti gotong-royong, ziarah kasih, pertandingan nasyid, sukan dan program kekeluargaan, selain acara larian santai yang disertai lebih 2,500 peserta.
Dalam pada itu, beliau berkata, SBX turut meneruskan usaha menggalakkan penduduk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu menangani isu setempat, selain memberi ruang kepada golongan muda untuk memimpin aktiviti komuniti.-KOSMO! ONLINE
The post Karnival Kita Palma perkasa gerakan komuniti appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.