
Kasih kepada alam, haiwan bermula dari kecil
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SETIAP 4 Oktober, dunia memperingati Hari Haiwan Sedunia sebagai peringatan manusia bukan satu-satunya penghuni bumi. Sambutan ini seharusnya tidak terhenti sebagai acara simbolik, sebaliknya menjadi ruang menilai cara generasi muda dididik supaya menghormati alam dan haiwan yang berkongsi dunia bersama kita. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Kasih kepada alam, haiwan bermula dari kecil
SETIAP 4 Oktober, dunia memperingati Hari Haiwan Sedunia sebagai peringatan manusia bukan satu-satunya penghuni bumi. Sambutan ini seharusnya tidak terhenti sebagai acara simbolik, sebaliknya menjadi ruang menilai cara generasi muda dididik supaya menghormati alam dan haiwan yang berkongsi dunia bersama kita.
Bersempena sambutan itu baru-baru ini, naratif alam sekitar atau penting, khususnya dalam pendidikan kanak-kanak. Cerita tentang hutan, sungai, haiwan liar, kehilangan habitat dan hubungan manusia dengan alam dapat menjadi alat pendidikan berkesan.
Melaluinya, anak-anak bukan sekadar mengetahui spesies yang terancam, malah memahami kepentingan memelihara kehidupan serta tanggungjawab manusia mencegah kehilangan tersebut.
Kanak-kanak mungkin belum memahami istilah seperti biodiversiti, kemerosotan habitat atau kepupusan spesies. Namun, mereka boleh memahami harimau memerlukan hutan, burung memerlukan pokok untuk bersarang dan hidupan laut memerlukan lautan yang bebas daripada sampah.
Cerita menjadikan perkara yang abstrak lebih dekat dengan pengalaman dan perasaan mereka.
Dalam usaha ini, ibu bapa dan guru menjadi pemangkin penting. Mengajar anak berbuat baik kepada haiwan, menerangkan kepentingan hutan atau menggunakan cerita alam di bilik darjah sebenarnya menanam benih empati.
Daripada nilai kecil seperti menghormati kehidupan dan menjaga habitat, dapat lahir manusia yang lebih bertanggungjawab terhadap bumi.
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pernah menyeru rakyat memelihara Harimau Malaya. Pesanan beliau agar harimau tidak sekadar tinggal sebagai lambang pada jata atau pakaian membawa makna besar. Kehilangan haiwan bukan hanya kehilangan spesies tetapi sebahagian daripada warisan dan identiti kita.
Dalam pemikiran Islam, manusia sebagai khalifah diberikan hak memanfaatkan alam bersama kewajipan menjaganya dan mengelakkan kerosakan.
Seperti yang ditekankan Professor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, manusia mempunyai tanggungjawab moral menggunakan alam secara beretika, bukan mengeksploitasinya sesuka hati.
Pendidikan alam sekitar juga tidak harus terhad kepada Sains dan Geografi, sebaliknya kesusasteraan, agama, seni, filem, berita serta perbualan harian boleh menjadi ruang membina kesedaran. Fakta memberikan pengetahuan, manakala cerita membina empati.
Maka, kita perlu melihat bukan sekadar sejauh mana anak-anak mengenali haiwan tetapi sejauh mana mereka belajar menyayangi dan melindunginya.
Masa depan alam turut bergantung pada nilai yang ditanam sejak kecil.
Akhirnya, haiwan dan alam bukan sekadar berada di dunia kita. Kita berkongsi dunia ini bersama mereka. – UTUSAN
NUR FAATHINAH MOHAMMAD ROSHDAN
Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Kampus Rembau
The post Kasih kepada alam, haiwan bermula dari kecil appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.