Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 1 h ago

Keadaan di Genoa terkawal, aktiviti harian berjalan seperti biasa

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 18:27 MYTLatest activity 20 Oct, 18:39BMconfidence 80%

What happened

Keadaan di Genoa terkawal, aktiviti harian berjalan seperti biasa (Harian Metro, 18:27)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Keadaan di Genoa terkawal, aktiviti harian berjalan seperti biasa

By Nor ‘Asyikin Mat Hayin · 20 Oct, 18:27 MYT

asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, keadaan di bandar Genoa, Itali terkawal dan aktiviti harian masih dapat diteruskan seperti biasa,"kata Dr Nadhirah Mohd Shakri,39.

Dr Nadhirah adalah Pensyarah Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini menjalani latihan subkepakaran dalam bidang Laringologi di San Martino Hospital, University of Genoa, Itali.

Beliau berkata, demonstrasi turut diadakan di beberapa lokasi tumpuan utama bandar di Genoa antaranya Piazza De Ferrari.

"Namun, setakat ini saya lihat tiada sebarang kejadian rusuhan atau kekecohan berlaku berhampiran tempat tinggal mahupun lokasi latihan klinikal.

"Kejadian demonstrasi dan mogok memang kerap terjadi di Eropah. Beberapa kali perjalanan saya menggunakan perkhidmatan kereta api dibatalkan akibat mogok pengangkutan awam serta tidak memperoleh bayaran balik bagi tiket yang sudah dibeli.

"Namun, kejadian terbaharu di bandar besar seperti Milan disifatkan antara yang paling buruk," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ahad lalu rusuhan tercetus di bandar raya Milan, utara Itali apabila sekumpulan anak muda bertopeng memecahkan cermin tingkap premis perniagaan serta menjarah kedai dan pasar raya.

Polis Itali menahan sekurang-kurangnya 160 individu selepas rusuhan dan kegiatan menjarah berlarutan di Milan.

Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati rakyat Malaysia yang berada di Itali dan Perancis supaya menjauhi kawasan demonstrasi sertarusuhan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Setakat ini, tiada larangan perjalanan dikeluarkan untuk ke negara berkenaan, namun rakyat Malaysia perlu sentiasa berwaspada.

Dr Nadhirah memberitahu perjalanan dari Genoa ke Florence baru-baru ini turut terjejas apabila perkhidmatan bas di Genoa mengalami sedikit gangguan susulan demonstrasi yang berlangsung di bandar itu.

"Keluarga dan rakan-rakan di tanah air sentiasa menghubungi saya bagi mengetahui keadaan serta keselamatan diri susulan demonstrasi yang berlaku di beberapa lokasi bandar di Itali.

"Pihak UKM turut mengambil berat mengenai kebajikan dan keselamatan saya sepanjang berada di Itali," katanya.

Dr Nadhirah berkata, Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof Datuk Dr Marina Mat Baki serta Ketua Jabatan Otorinolaringologi–Pembedahan Kepala dan Leher, Prof Madya Dr Mawaddah Azman turut menghubunginya untuk mendapatkan perkembangan terkini, terutama berhubung situasi keselamatan di kawasan berkenaan.

"Saya amat menghargai keprihatinan dan sokongan semua pihak, terutamanya ketika berdepan situasi seperti ini di perantauan.

"Saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti perkembangan berita tempatan, elak kawasan perhimpunan atau demonstrasi serta lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam," katanya.

Beliau berkata, komuniti rakyat Malaysia di Itali juga saling berhubung menerusi WhatsApp dan media sosial bagi berkongsi perkembangan semasa serta mengingatkan antara satu sama lain supaya sentiasa berwaspada.

"Buat masa ini, saya tidak bercadang pulang ke Malaysia lebih awal memandangkan keadaan di kawasan tempat tinggal masih terkawal.

"Bagaimanapun, jika situasi semakin meruncing, saya akan menilai keadaan berdasarkan nasihat daripada pihak berkuasa dan Kedutaan Malaysia, "katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow19:00
Latest 19:12 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 18:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    18:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Rusuhan di Itali: Doktor dari Malaysia kongsi pengalaman
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.