
Kedai Coway BEREX kini di Ombak KLCC
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kedai Coway BEREX kini di Ombak KLCC (Harian Metro, 08:12)
Read the reporting
1 report
Kedai Coway BEREX kini di Ombak KLCC
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka, Coway Malaysia (Coway) semalam merasmikan pembukaan Kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara yang terletak di pusat beli-belah baharu, Ombak KLCC.
Pembukaan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam komitmen syarikat itu untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian menerusi reka bentuk, kesejahteraan dan inovasi berterusan.
Pengurus Kumpulan Bahagian Pemasaran Coway Malaysia, Janice Tan berkata, kehidupan lebih baik tidak hanya ditentukan oleh estetika semata-mata, sebaliknya ia turut membabitkan pembentukan ruang kediaman yang mengutamakan rehat, pemulihan diri dan kesejahteraan berterusan.
"Menerusi Kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara, kami mahu pengguna merasai sendiri bagaimana teknologi kesejahteraan termaju dan reka bentuk yang elegan dapat bergabung secara semula jadi dalam ruang kediaman mereka.
Dengan menjadikan penyelesaian ini lebih nyata dan peribadi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menerapkan elemen kesejahteraan sebagai sebahagian penting daripada kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti," katanya.
Berpandukan konsep Unlock Better Living, kedai baharu ini mengajak pengunjung meneroka lebih daripada sekadar produk berasingan dan menemui bagaimana penyelesaian kesejahteraan yang direka dengan teliti mampu memperkaya kehidupan di rumah.
Lebih daripada sekadar pengalaman beli-belah, kedai ini direka sebagai ruang imersif agar pengunjung boleh melihat, menyentuh dan merasai sendiri inovasi premium Coway dalam susunan ruang berkonsepkan kediaman.
Janice berkata, ruang konsep ini menghimpunkan rangkaian produk BEREX sedia ada bersama barisan inovasi premium daripada portfolio Coway yang lebih luas.
"Coway BEREX asalnya diperkenalkan sebagai jenama penyelesaian tidur dan kesejahteraan Coway.
"Kini, BEREX melangkah ke era baharu sebagai pengalaman beli-belah premium yang mengimbangi keunggulan teknologi serta estetika reka bentuk moden yang melengkapi hiasan kediaman. Sebagai destinasi beli-belah Coway yang paling imersif dan diperibadikan, Kedai Coway BEREX menghimpunkan koleksi BEREX bersama portfolio penyelesaian gaya hidup Coway yang menyeluruh," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.