
Kelibat dua gajah liar kejutkan penduduk Felda Selasih
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BESUT: Kelibat dua gajah berkeliaran di kawasan Felda Selasih, di sini mengejutkan penduduk yang sedang berehat di rumah, malam tadi. (Berita Harian, 15:43)
Read the reporting
1 report
Kelibat dua gajah liar kejutkan penduduk Felda Selasih
BESUT: Kelibat dua gajah berkeliaran di kawasan Felda Selasih, di sini mengejutkan penduduk yang sedang berehat di rumah, malam tadi.
Penduduk, Muhammad Afiq Mamat, 26, berkata ketika kejadian dia berada di kerusi hadapan rumah kira-kira jam 12.40 tengah malam.
Katanya, pada mulanya dia menyangka anjing liar yang dihalaunya kembali semula ke kawasan rumah namun terkejut apabila melihat dua ekor gajah liar melalui bahagian tepi rumahnya.
"Anggaran jarak saya berdiri dengan gajah itu kira-kira lima meter walaupun takut, saya tetap memberanikan diri merakam video kehadiran gajah di kawasan rumah.
"Ini kali pertama saya lihat gajah dalam jarak terlalu dekat biasanya hanya terserempak dengan gajah apabila melalui kawasan hutan dari jarak jauh," katanya ketika ditemui di Felda Selasih, di sini, hari ini.
Jirannya, Rosnani Tahir, 62, berkata dia masih belum tidur ketika kejadian itu berlaku kerana menjaga suami sakit yang berada di ruang tamu.
Katanya, dia sempat mendengar bunyi bising dari luar rumah tetapi menyangka polis mengejar pencuri namun apabila keluar rumah dia dimaklumkan ada gajah berkeliaran di kawasan itu.
"Gajah itu datang dari arah depan sebelum melalui kawasan tanaman nanas saya untuk ke belakang rumah pertama menghala ke rumah ketujuh," katanya.
Katanya, sejak dia menetap di kawasan itu sejak 40 tahun lalu ini kali pertama gajah tersesat masuk ke kawasan penduduk.
Penduduk, Siti Sarah Nawi, 36, berkata semasa kejadian dia baru sahaja mahu tidur namun terjaga apabila jiran datang mengetuk pintu rumah memaklumkan gajah berada di belakang rumahnya.
"Beberapa tanaman seperti pokok pisang, tebu, nanas, kelapa, manggis, mata kucing dan buluh dimakan gajah itu sebelum bertindak keluar dari kawasan itu," katanya.
Penduduk, Meriam Lazim, 74, berkata pagar rumahnya serta beberapa jiran turut rosak dilalui haiwan liar itu sebelum kelibatnya hilang selepas keluar melalui pagar belakang rumah.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung, berkata lima anggota Perhilitan Daerah Besut ditugaskan untuk memantau pergerakan dua gajah liar itu selepas mendapat aduan berhubung perkara itu semalam.
"Anggaran saiz tapak kaki berukuran 14 inci dan 13 inci.
"Siasatan setakat hari ini mendapati gajah itu bergerak menghala ke hutan berhampiran Hutan Simpan Gunung Tebu dan kawalan serta pemantauan masih diteruskan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.