
Kementerian Komunikasi sokong penerbitan mini siri GSF
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BANGI: Kementerian Komunikasi bersedia untuk memberi kerjasama bagi menerbitkan naskhah mengenai Global Sumud Flotila dalam bentuk siri mini televisyen sebagai usaha memperluas penyampaian mesej kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin. (Utusan Malaysia, 22:34)
Read the reporting
1 report
Kementerian Komunikasi sokong penerbitan mini siri GSF
BANGI: Kementerian Komunikasi bersedia untuk memberi kerjasama bagi menerbitkan naskhah mengenai Global Sumud Flotila dalam bentuk siri mini televisyen sebagai usaha memperluas penyampaian mesej kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang diterajui Datuk Seri Sani Arabi Abdul Alim bersama pasukan Sumud Nusantara merupakan usaha positif dalam mengetengahkan isu berkenaan kepada masyarakat.
Katanya, kementerian akan memberikan sokongan bagi memastikan naskhah tersebut dapat diterjemahkan ke dalam bentuk siri mini televisyen untuk ditayangkan selepas penerbitannya selesai.
“Saya amat menyokong usaha Datuk Sani dan pasukan yang akan menerbitkan satu program, satu siri TV yang diberi nama Sumut Protokol.
“Kita akan bekerjasama untuk pastikan naskah ini dapat diterjemahkan menjadi sebuah mini series dan akan ditayangkan insya-Allah setelah ia siap dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Sumud Nusantara, Global Sumud Congress 2026, di sini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kementerian bersama kepimpinan lain, termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan; Dr. Taufiq Johari dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, akan terus menyokong perancangan berkenaan.
Katanya, Kementerian Komunikasi turut bersedia membantu dari segi promosi dan wacana menerusi platform media sosial bagi memastikan mesej serta hasil penerbitan itu dapat disampaikan kepada masyarakat secara meluas.
“Kita juga mengharapkan apa-apa perancangan di pihak Sumut Nusantara dan Global Sumut Flotilla, kami sedia untuk membantu termasuk kalau kita teliti dari segi media sosial,” katanya.- UTUSAN
The post Kementerian Komunikasi sokong penerbitan mini siri GSF appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia22:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.