
Isu netizen tak halang Ara Johari bekerjasama dengan komposer Indonesia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Ketegangan hubungan netizen Malaysia dan Indonesia di media sosial tidak menghalang penyanyi Ara Johari untuk terus bekerjasama dengan komposer dari negara jiran, berdasarkan pengalaman positif yang dilaluinya sepanjang menghasilkan lagu sebelum ini. (Berita Harian, 21:05)
Read the reporting
1 report
Isu netizen tak halang Ara Johari bekerjasama dengan komposer Indonesia
PETALING JAYA: Ketegangan hubungan netizen Malaysia dan Indonesia di media sosial tidak menghalang penyanyi Ara Johari untuk terus bekerjasama dengan komposer dari negara jiran, berdasarkan pengalaman positif yang dilaluinya sepanjang menghasilkan lagu sebelum ini.
Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, berkata dia tidak pernah berdepan pengalaman buruk ketika bekerjasama dengan komposer Indonesia, sekali gus percaya isu kecaman di media sosial tidak seharusnya dikaitkan dengan keseluruhan masyarakat negara itu.
Katanya, sikap segelintir individu yang gemar melontarkan kecaman tidak wajar dijadikan ukuran untuk menilai semua pihak.
"Pengalaman saya bekerja dengan komposer Indonesia sangat baik, tak ada yang buruk.
"Isu kecam-mengecam itu sebenarnya berbalik kepada individu itu sendiri.
"Mungkin ada segelintir yang bercakap begitu, dan ada orang lain yang tidak berniat pun nak kecam-mengecam. Bukan semua orang sama," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Kisah Yang Hampir Sempurna di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ara pernah mendapatkan khidmat komposer dari negara jiran bagi menghasilkan beberapa lagu, antaranya Menjaga Jodoh Orang Lain ciptaan Ilham Baso dan Cinta Terhebat hasil karya Faizal Lubis.
Bagaimanapun, bagi single terbaharunya, Ara memilih untuk bekerjasama dengan komposer tempatan, Aepul Roza dan Daus daripada Drama Band.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi mencuba nasib dalam saingan Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang selepas beberapa kali terlepas peluang menyertai pertandingan berprestij itu susulan kerjasama dengan komposer luar negara.
Dalam perkembangan lain, Ara turut mengumumkan bakal mengadakan persembahan showcase solo, Sedekad Bersuara, pada 20 November depan di The Campus, Ampang, bagi meraikan perjalanan 10 tahunnya dalam industri muzik.
Katanya, persembahan itu dianjurkan sendiri sebagai tanda penghargaan terhadap perjalanan seninya sepanjang sedekad bergelar penyanyi.
"Showcase itu adalah anjuran saya sendiri bagi meraikan perjalanan sedekad saya sebagai penyanyi.
"Showcase itu nanti mampu memuatkan kira-kira 500 orang dan tiket dijual pada harga bermula RM88 kerana saya nak peminat merasai pengalaman menonton showcase saya," katanya.
Tiket Sedekad Bersuara dijadualkan mula dijual minggu depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.