
TQ Wuling lancar van elektrik Porta EV, harga bermula RM99,800
Only social or community posts, or a single source.
What happened
After having been open for booking for a few months , the TQ Wuling Porta EV panel van has finally been launched in Malaysia. (Paul Tan's Automotive News, 10:33)
Read the reporting
3 reports
TQ Wuling lancar van elektrik Porta EV, harga bermula RM99,800
lizamridzuan@hmetro.com.my
Shah Alam: TQ WULING melancarkan van komersial elektrik sepenuhnya, Porta EV, bagi memenuhi keperluan perniagaan yang mahu meningkatkan kecekapan operasi menerusi pengangkutan lebih lestari dan kos operasi lebih rendah.
Porta EV ditawarkan dalam dua varian, iaitu 300 kilometer (km) dan 400 km berdasarkan penarafan CLTC, pada harga masing-masing RM99,800 dan RM105,800 (atas jalan tanpa insurans).
Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn Bhd, Wan Wei Sun berkata, model itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan operasi harian perniagaan melalui gabungan kapasiti kargo praktikal, keupayaan membawa muatan dan kos penyelenggaraan lebih rendah.
"Bagi perniagaan, kenderaan komersial adalah aset penting untuk menjalankan operasi harian. Ia perlu berkeupayaan, boleh dipercayai dan mampu beroperasi setiap hari secara ekonomik serta cekap.
"Daripada ruang kargo dan kapasiti muatan kepada keupayaan pengecasan serta kos penyelenggaraan, kami memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting kepada pengendali komersial," katanya pada majlis pelancaran di sini, hari ini.
Model itu mempunyai kapasiti ruang kargo sehingga 6.5 meter padu, dengan panjang ruang 2,830 milimeter (mm), lebar 1,680 mm dan tinggi 1,365 mm.
Varian 400 km pula menawarkan muatan maksimum sehingga 1,105 kilogram, selain pintu gelangsor pada kedua-dua sisi dan pintu belakang yang boleh dibuka sehingga 270 darjah bagi memudahkan pemunggahan barangan.
Daripada segi prestasi, van itu menggunakan motor elektrik silikon karbida (SiC) berkuasa 75 kilowatt (kW) dengan tork 180Nm, selain teknologi bateri MAGIC EV WULING.
Varian 400 km menyokong pengecasan pantas arus terus (DC) dari 30 hingga 80 peratus dalam masa 20 minit, manakala varian 300 km mengambil masa 30 minit.
TQ WULING menganggarkan kos penyelenggaraan Porta EV kurang RM2,000 dalam tempoh lima tahun, dengan penjimatan hampir 65 peratus berbanding van diesel konvensional. Servis berkala ditetapkan setiap enam bulan atau 10,000 km.
Van itu dilengkapi ciri keselamatan termasuk dua beg udara, ABS, EBD, ESC, kawalan cengkaman serta kamera undur. Jaminan kenderaan ialah lima tahun atau 120,000 km, manakala sel bateri dilindungi selama enam tahun atau 300,000 km.
Sokongan selepas jualan disediakan melalui 28 pusat servis TCEAS di seluruh negara.
Pelanggan terawal turut menikmati pengecas wallbox 7kW bernilai RM3,500, pengecas mudah alih tiga pin dan penyelenggaraan percuma sehingga tiga tahun atau 60,000km.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Paul Tan's Automotive News) source
Where it started
How it spread
- Step 1NewsPaul Tan's Automotive News10:33
Internet reaction
- TQ Wuling Porta EV panel van launched in Malaysia – 102 PS/180 Nm, 300 km at RM100k est, 400 km at RM106ku/Jonathan James Tan · Paul Tan's Automotive News · 10:33 · EN
- TQ Wuling Porta EV Now Officially Available For Booking In Malaysiau/John Law · Lowyat.NET · 12:58 · EN
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.