Malaysian Attention Engine
Live wire
40General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution39General : Malaysia Targets 250,000 International Students By 2030 - Zambry37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Pan-gon bimbang pemulihan Faisal ambil masa lebih lama36Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia36F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta35General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept35Business : Govt Settles RM17.15 Bln In Excess Tax Refunds As Of Sept 3035Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35General : MPs Welcome Higher Allocations For Sabah, Sarawak, Urge For Finalised Special Grant Formula35General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG35Nexal Pad launches at RM1,099 with an 11in screen and 10,000mAh battery
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kemuncak impian tercipta di langit Turkiye

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 07:07 MYTLatest activity 14 Oct, 07:07BMconfidence 60%

What happened

Kemuncak impian tercipta di langit Turkiye (Harian Metro, 07:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Kemuncak impian tercipta di langit Turkiye

By Amir Abd Hamid · 14 Oct, 07:07 MYT

amir_hamid@mediaprima.com.my

Minat terhadap pesawat sejak kecil mendorong penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Alimin Zakhraf Yuslaimi, 20, meneroka bidang kejuruteraan aeroangkasa.

Kemuncak hasil minatnya itu yang terkini adalah berjaya dengan pasukannya, fabrikasi Putra Space Club UPM apabila meraih tempat ketiga keseluruhan dalam TEKNOFEST Turkiye Rocket Competition 2026 pada September lalu.

Alimin Zakhraf, anak bongsu daripada lima beradik dari Subang, Selangor itu berkata dia dan pasukannya menyertai pertandingan berkenaan menerusi projek roket Cygnus-1 dalam kategori A4 Antarabangsa.

"Sejak kecil, saya akui selalu ada sifat ingin tahu yang tinggi. Lebih terperinci, saya amat berminat dengan pesawat.

"Oleh kerana saya sekeluarga tinggal berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), saya bercita-cita untuk memenuhi sifat ingin tahu saya mengenai bagaimana pesawat boleh berfungsi dan menjadi antara pengangkutan awam yang besar di dunia," katanya.

Katanya, dia beruntung sebab bapa Yuslaimi Badrin, 53, banyak beri dorongan mendalami bidang kejuruteraan aeroangkasa, termasuk bapanya itu berkongsi pengalaman ketika mengambil lesen pesawat kecil.

"Bisnes terkini yang diusahakan oleh bapa saya ialah ATV (All-Terrain Vehicle atau kenderaan pelbagai rupa bumi). Bisnes yang kecil sahaja. Kami mengimport dan memasang ATV di tepi rumah sahaja.

"Bapa saya bahagian teknikal bertukang dan dia memang mahir dengan kerja dan minatnya itu. Begitu juga ibu, (Naimah Ismail, 53,) yang walaupun bekerja sebagai cikgu bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah, namun sangat menyokong minat saya dalam teknikal ini," katanya.

Alimin Zakhraf berkata, minatnya semakin berkembang apabila diberi kebenaran mengikuti pengalaman bapanya mengusahakan perniagaan kecil berasaskan paramotor di Pulau Indah, Selangor.

Dia kemudian melakukan penyelidikan sendiri berkenaan bagaimana pesawat, helikopter dan roket mampu terbang, sekali gus mencetuskan keinginan untuk memahami teknologi di sebalik penerbangan.

Pengalaman melakukan projek pemasangan jentera dan motosikal bersama bapa serta abang, Aliman Zafran, 23, turut memberinya pendedahan praktikal berkaitan kerja teknikal.

"Melalui projek bersama ayah dan abang, saya mendapat pengalaman secara langsung dalam pemasangan jentera serta kenderaan. Saya bertekad untuk menjadi seseorang yang mampu mencipta dan membina sesuatu yang boleh menyumbang kepada industri aeroangkasa Malaysia," katanya.

Projek roket Cygnus-1, dia bekerjasama dengan rakan penuntut yang majoritinya mengikuti jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa bagi membangunkan roket untuk pertandingan antarabangsa.

Pengalaman di bengkel fabrikasi membuka matanya bahawa pembinaan roket bukan sekadar mencantumkan komponen, sebaliknya memerlukan gabungan pelbagai cabang kejuruteraan, termasuk pemilihan bahan, reka bentuk aerodinamik, sistem avionik dan sistem pemulihan selepas pelancaran.

"Setiap bahagian mempunyai peranan tersendiri dan semuanya perlu berfungsi dengan baik. Kami bukan sahaja perlu memastikan roket dapat dilancarkan, tetapi juga muatan dan roket itu sendiri dapat dipulihkan dengan selamat.

"Antara cabaran utama pasukan ialah memastikan Cygnus-1 mencapai sasaran altitud tiga kilometer, selain menjamin keselamatan muatan atau 'payload' ketika mendarat melalui integrasi sistem redaman.

"Pasukan turut memberi perhatian kepada sistem pemulihan roket bagi memastikan ia dapat kembali ke bumi dalam keadaan utuh," katanya.

Sejarah yang tercipta pada 10 September lalu, Alimin Zakhraf bersama pasukannya berada di tapak pelancaran TEKNOFEST di Turkiye bersaing dengan peserta dari Bosnia, Azerbaijan, Arab Saudi, India, Indonesia dan kumpulan lain dari Malaysia.

Pengalaman itu cukup bermakna kerana dia tidak pernah menyangka akan terbabit dalam pembinaan roket, apatah lagi menyertai pertandingan di luar negara.

"Gegaran dan deruman roket ciptaan kami yang membelah ruang angkasa di langit Turkiye masih jelas dalam ingatan saya. Saya tidak pernah terfikir akan menyertai, apatah lagi membina roket yang mampu terbang menongkah awan. Pengalaman ini benar-benar luar biasa," katanya.

Alimin Zakhraf berkata, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian pertandingan, malah membuktikan mahasiswa tempatan mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam bidang teknologi yang memerlukan ilmu, kemahiran dan daya cipta.

Baginya, pengalaman itu turut mengubah cara dia melihat kemampuan diri sendiri, umpamanya sesuatu yang pada awal kelihatan sukar dicapai akhirnya dapat direalisasikan apabila setiap anggota pasukan memainkan peranan dan bekerjasama mencapai matlamat bersama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:0010:00
Latest 10:01 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 07:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kemuncak impian tercipta di langit Turkiye
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kemuncak impian tercipta di langit Turkiye · Malaysian Attention Engine