
'Kenyataan See-To tak boleh dianggap permainan kata-kata' - Pemimpin, ahli akar umbi Melayu DAP
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
"Mengaitkan ayat al-Quran dengan perkataan berkonotasi seksual merupakan tindakan yang sangat tidak sensitif dan telah menyinggung perasaan umat Islam," kata kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh 13… (Malaysiakini (BM), 15:19)
Read the reporting
2 reportsKaitkan ayat al-Quran dengan istilah seksual singgung perasaan umat Islam - DAP
SHAH ALAM - Tindakan pempengaruh media sosial, Eric See-To mengaitkan ayat al-Quran dengan perkataan berkonotasi seksual sangat tidak sensitif dan menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.Pengerusi DAP Cawangan Setia Impian, Muhammad Shakir Ameer Mohideen berkata, penulisan Eric menerusi akaun Facebook bernama Lim Sian See disifatkan sebagai penghinaan terhadap ayat suci al-Quran dan ia tidak boleh dilihat sekadar bahan jenaka atau permainan kata-kata.Lebih mengecewakan, menurutnya, ini bukan pertama kali Eric didakwa menimbulkan kontroversi berkaitan sensitiviti agama."Sebelum ini, kenyataan beliau mengenai hukum 'istitoah' dalam kewajipan menunaikan haji turut mengundang persoalan tentang penghormatan terhadap kefahaman agama Islam."Seseorang itu tidak perlu menjadi Muslim untuk menghormati agama Islam. Kebebasan bersuara bukanlah tiket untuk menghina dan mempermainkan apa-apa perkara yang suci bagi penganut agama lain."Kami akan turut bersolidariti dan membantah jika perkara sama dilakukan ke atas agama anutan beliau (Eric)," katanya dalam kenyataan bersama pada Sabtu.Kenyataan itu dikeluarkan bersama Pengerusi DAP Bandar Baru Bangi, Farhan Haziq; Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam, Nor Miswary Ramli dan Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1, Mohd Aslam Ahmad Ramli.Turut sama, Setiausaha DAP Cawangan Pekan Paloh, Abdul Majid Abd Aziz; Setiausaha DAP Cawangan Taman Kemuncak, Izzul Afiq dan Naib Ketua DAPSY Selangor, Nur Rahim Nasir.Kenyataan turut disertai beberapa ahli yang terdiri daripada Edry Faizal dari DAP Cawangan Alam Jaya, Shukri Mokhtar (Kampung Baru Bt 9 Cheras), Muhammad Najib Anuar (Taman Kemuncak), Muhammad Nurhad (Bandar Baru Bangi) dan Azfar Faruqi Mohamad Idris (Taman Seroja).Isu berkenaan timbul selepas Eric menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan penggunaan perkataan ‘Lighad’ sambil menyatakan beliau tidak mengetahui maksud di sebaliknya.Menerusi tangkap layar hantaran itu, pemerhati politik terbabit memuat naik Surah al-Hashr, ayat 18.Melalui hantaran itu juga, Eric menulis: "Yang saya tengok ada ‘lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘liwat’ pula".Sewaktu pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila beberapa kali menggunakan istilah yang jarang didengar termasuk 'waad' dan 'lighad'.Dalam bahasa Arab, ‘waad’ bermaksud janji, manakala ‘lighad’ merujuk kepada hari esok.Mengulas lanjut, kata Muhammad Shakir, pihaknya percaya bahawa prinsip hormat-menghormati mesti terpakai kepada semua agama, tanpa pilih kasih atau 'double standard'.Pada hemat beliau, berbeza agama bukan alasan untuk seseorang itu hilang adab dan rasa hormat kepada agama lain."Kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. Hormati al-Quran, hormati Islam dan peliharalah keharmonian Malaysia."Jika kita mengharapkan orang lain menghormati kepercayaan kita, kita juga wajib menghormati kepercayaan mereka."Sikap ini terpakai kepada semua orang termasuk penyokong dan peminat Eric See-To Lim Sian See juga," ujarnya.
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsMalaysiakini (BM)15:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Malaysiakini (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.