Malaysian Attention Engine
Live wire
41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas41Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh40Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat40Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok39Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202738General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution38General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions38RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202738Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202737Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC36Mampukah skuad remaja mendakap gelaran dunia?
NewConfirmedupdated 11 min ago

Trump umum perjanjian diesel Rusia, Zelenskyy kecam ‘hadiah kepada Putin’

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 06:15 MYTLatest activity 10 Oct, 09:00BMconfidence 67%

What happened

Putin bersetuju untuk melepaskan segera 300,000 tan diesel ke pasaran dunia, diikuti 500,000 tan lagi pada November dan tambahan sejuta tan selepas itu. (Astro Awani (BM), 06:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

`Russia setuju bekal 300,000 tan metrik diesel ke AS, pasaran global' - Trump

By Agensi · 10 Oct, 09:00 MYT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam berkata Russia bersetuju membekalkan diesel ke pasaran global bagi membantu menurunkan harga bahan api.

Sementara itu, pentadbiran Trump pula melonggarkan sementara sekatan AS terhadap bahan api Russia yang sebelum ini bertujuan menyekat sumber pendapatan Moscow bagi membiayai perang di Ukraine.

Harga diesel yang digunakan dalam sektor pertanian, pemanasan kediaman dan pengangkutan lori, kini menghampiri paras rekod tertinggi.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan risiko politik kepada rakan Trump dalam Parti Republikan menjelang pilihan raya kongres pada 3 November depan yang akan menentukan sama ada mereka dapat mengekalkan majoriti tipis di Kongres.

Harga diesel susut selepas pengumuman itu, namun penganalisis berkata perjanjian berkenaan mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan harga pada paras rendah.

Trump menerusi media sosial berkata, beliau mengadakan perbincangan yang 'sangat berjaya' dengan Presiden Vladimir Putin, dengan kedua-dua pemimpin bersetuju Russia akan segera membekalkan lebih 300,000 tan metrik diesel ke pasaran AS dan global, bersamaan kira-kira 2.25 juta tong bahan api.

AS mengeksport kira-kira 1.5 juta tong diesel sehari.

Selepas perbincangan itu, utusan Putin, Kirill Dmitriev, memuji kerjasama antara Russia dan AS menerusi hantaran di platform X.

Dmitriev meminta pegawai AS ketika lawatannya ke Washington bulan lalu supaya lesen eksport diesel ke pasaran AS diberikan kepada semua syarikat minyak utama Russia, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Pada Oktober 2025, AS mengenakan sekatan terhadap syarikat minyak Russia susulan perang yang dilancarkan Moscow sejak 2022.

Eksport diesel itu berpotensi menjana pendapatan berbilion dolar kepada Moscow, yang boleh membantu Putin meneruskan perang dengan Ukraine.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, mengkritik perjanjian itu yang diumumkan ketika delegasi Ukraine berada di AS bagi membincangkan usaha mencari penyelesaian kepada perang berkenaan, dengan menyifatkannya sebagai 'keputusan lemah daripada rakan yang kuat'.

"Pemberian kepada Putin tidak akan membawa keamanan atau sebarang manfaat kepada dunia bertamadun. Russia akan 'membalas' bekalan diesel itu dengan lebih banyak keganasan dan pengkhianatan," katanya menerusi platform X.

Perjanjian itu turut dikritik anggota Kongres AS, termasuk wakil Parti Republikan yang sama dengan Trump, Don Bacon.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk melaksanakan sekatan tambahan yang baru-baru ini diluluskan Kongres, bukannya menarik balik sekatan sedia ada.

"Sekarang masanya untuk menggunakan sekatan itu bagi melumpuhkan jentera perang Putin, bukannya memberi ganjaran kepada seorang diktator dengan menyalurkan lebih banyak wang kepadanya ketika beliau terus menyasarkan dan membunuh orang awam Ukraine," katanya menerusi platform X.

Jabatan Perbendaharaan AS mengeluarkan lesen yang membenarkan pengimportan diesel Russia sehingga 7 April.

Trump berkata, Russia akan membekalkan tambahan 500,000 tan pada November dan satu juta tan lagi 'sejurus selepas itu'.

"Lebih banyak bekalan akan menyusul.. Namun, ia bergantung pada keadaan loji penapisan diesel mereka yang mengalami kerosakan akibat serangan Ukraine," katanya. - REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow07:0008:0009:00
Latest 09:08 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
10 Oct, 06:15 MYT
Origin confidence 90% · 165 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    06:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Trump umum perjanjian diesel Rusia, Zelenskyy kecam ‘hadiah kepada Putin’ · Malaysian Attention Engine