
Kepemimpinan tegas dan diplomasi, keupayaan teknologi tangani jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JEREBU kembali menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. Sekolah ditutup, aktiviti luar dikurangkan dan keluarga yang mempunyai anak kecil serta warga emas semakin bimbang. (Berita Harian, 08:26)
Read the reporting
1 report
Kepemimpinan tegas dan diplomasi, keupayaan teknologi tangani jerebu
JEREBU kembali menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. Sekolah ditutup, aktiviti luar dikurangkan dan keluarga yang mempunyai anak kecil serta warga emas semakin bimbang.
Episod ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa udara tidak mengenal sempadan. Asap daripada kebakaran di sesuatu kawasan boleh bergerak ratusan kilometer sebelum menjejaskan kesihatan penduduk di negara lain.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), 32 daripada 68 stesen pemantauan mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat tengah hari 10 Oktober 2026. Batu Pahat merekodkan 187; diikuti Tangkak (185); Larkin (184) dan Pasir Gudang (183).
Angka ini menunjukkan pengurusan jerebu tidak boleh bergantung kepada tindak balas selepas keadaan menjadi buruk. Kerajaan memerlukan maklumat tepat, pantas dan berasaskan lokasi.
Dalam keadaan ini, pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar diberikan perhatian. Perdana Menteri tidak sekadar mengakui keadaan jerebu sudah membimbangkan, malah mengambil langkah diplomatik secara langsung dengan menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Perdana Menteri memaklumkan Prabowo bersetuju mengambil langkah yang perlu selepas kedua-duanya berbincang melalui telefon. Beliau turut menegaskan Malaysia sejak beberapa minggu sebelumnya sudah menyatakan kesediaan untuk memberikan apa sahaja bentuk kerjasama kepada Indonesia.
Pendekatan ini penting. Ia menunjukkan kepemimpinan yang tidak memilih antara ketegasan dengan diplomasi. Malaysia perlu mempertahankan hak rakyat terhadap udara bersih, tetapi pada masa sama tidak membina hubungan serantau melalui tuding-menuding.
Perdana Menteri memilih laluan lebih matang, iaitu dengan bercakap terus dengan pemimpin negara jiran, menawarkan kerjasama dan pada masa sama menggerakkan mekanisme ASEAN.
Beliau turut mengarahkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, menghubungi rakan sejawat masing-masing. Malah, Menteri Luar diminta berhubung dengan Sekretariat ASEAN bagi menyelaras mesyuarat menteri alam sekitar negara anggota.
Ini selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan tadbir urus berkesan, kesejahteraan rakyat dan hubungan antarabangsa berasaskan kerjasama.
Namun, diplomasi yang baik juga perlu disokong oleh data yang baik. Di sinilah penggunaan data geospatial boleh memperkukuh tindakan kerajaan.
Data geospatial merujuk kepada maklumat yang mempunyai rujukan lokasi, termasuk kedudukan titik panas, bacaan pencemaran, arah angin, kawasan tanah gambut dan taburan penduduk. Apabila digabungkan dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS), maklumat ini dapat membantu pihak berkuasa memahami perubahan pencemaran mengikut tempat dan masa.
Pada 8 Oktober, sebanyak 304 titik panas dilaporkan di Indonesia, iaitu 210 di Sumatera dan 94 di Kalimantan. Cerapan satelit seperti ini penting kerana ia membantu mengenal pasti kawasan berpotensi mengalami kebakaran, khususnya lokasi yang sukar diperiksa secara fizikal.
Pada masa sama, titik panas tidak semestinya sama dengan keluasan kebakaran. Awan, masa cerapan dan keupayaan penderia satelit boleh mempengaruhi pengesanan. Sebab itu, data satelit perlu dibandingkan dengan maklumat cuaca, arah angin, bacaan IPU dan pemerhatian lapangan.
Bacaan IPU pula hanya menggambarkan keadaan udara di lokasi stesen pemantauan tertentu. Ia tidak semestinya mewakili setiap kawasan dalam sesebuah daerah. Analisis geospatial boleh membantu menganggarkan taburan pencemaran di kawasan tanpa stesen, tetapi hasilnya tetap perlu dibaca bersama tahap ketidakpastian.
Tingkat operasi pembenihan awan
Kerajaan juga perlu membezakan antara arah pergerakan asap dengan bukti mengenai punca sebenar pencemaran. Peta arah angin sahaja tidak cukup untuk menentukan sumber jerebu. Sebarang dakwaan mestilah dibina berdasarkan gabungan bukti.
Di sinilah kepemimpinan politik dan keupayaan teknikal perlu bergerak seiring. Perdana Menteri sendiri menjelaskan kerajaan sudah meningkatkan operasi pembenihan awan hampir setiap hari melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi berkaitan. Walaupun langkah itu belum menyelesaikan masalah sepenuhnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan tidak berdiam diri sementara menunggu keadaan berubah.
Dalam jangka sederhana, Malaysia bersama ASEAN boleh membangunkan peta risiko jerebu serantau yang menggabungkan rekod kebakaran, tanah gambut, ramalan cuaca, kualiti udara dan taburan penduduk. Sistem sebegini boleh membantu menentukan keutamaan rondaan, operasi pencegahan, amaran kesihatan dan tindakan kecemasan.
Universiti dan institusi penyelidikan juga boleh membantu menguji model, menilai ketepatan data dan menerangkan dapatan kepada masyarakat.
Pada masa sama, maklumat kepada rakyat perlu mudah difahami. Setiap amaran sepatutnya menyatakan kawasan terjejas, tahap risiko, waktu kemas kini dan tindakan yang disarankan. Ibu bapa, sekolah, pekerja luar dan majikan memerlukan maklumat praktikal, bukan sekadar paparan teknikal.
Teknologi bagaimanapun tidak boleh menggantikan penguatkuasaan. Pembakaran terbuka mesti dibendung, kawasan tanah gambut perlu diurus dengan lebih baik dan kerjasama rentas sempadan perlu disertai tindakan di lapangan.
Jerebu akhirnya bukan sekadar isu alam sekitar. Ia ialah ujian terhadap kesihatan awam, diplomasi serantau, kualiti data dan keupayaan kerajaan membuat keputusan.
Dalam episod kali ini, tindakan Perdana Menteri menghubungi Presiden Prabowo secara langsung, menggerakkan menteri berkaitan, meminta campur tangan Sekretariat ASEAN serta menawarkan kerjasama kepada Indonesia menunjukkan kepemimpinan yang proaktif dan pragmatik.
Malaysia MADANI perlu meneruskan pendekatan ini, tegas melindungi kesihatan rakyat, canggih menggunakan data dan matang mengurus hubungan serantau. Hubungan baik dengan Indonesia dan hak rakyat Malaysia untuk menghirup udara bersih bukan dua matlamat yang bertentangan. Kedua-duanya boleh dan mesti dipertahankan secara serentak.
Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH
Penulis ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pengkomputeran, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM)
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.