
Kepimpinan perlu bermula dari bawah – Johari
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Kepimpinan yang mantap perlu dibina dari bawah menerusi pengalaman mengurus organisasi, bekerja dalam pasukan dan belajar menerima perbezaan pandangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. (Kosmo!, 19:43)
Read the reporting
1 report
Kepimpinan perlu bermula dari bawah – Johari
KUALA LUMPUR – Kepimpinan yang mantap perlu dibina dari bawah menerusi pengalaman mengurus organisasi, bekerja dalam pasukan dan belajar menerima perbezaan pandangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, penganjuran program sukan seperti futsal mampu menjadi platform terbaik untuk melatih golongan muda membina kemahiran kepimpinan dan semangat berpasukan.
Menurutnya, penganjuran kejohanan yang melibatkan lebih 40 pasukan bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan komitmen tinggi daripada jawatankuasa dan sukarelawan.
“Kalau kita nak jadi orang yang terlibat dalam memimpin sesuatu pasukan atau negara pada masa akan datang, kita kena bermula dari bawah.
“Kita perlu belajar mengurus strategi dan bekerja sebagai satu pasukan. Walaupun mempunyai perbezaan pandangan, kita tetap perlu bekerjasama untuk mencapai kemenangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Perasmian Penutup Kejohanan Futsal Piala DSJ di SLK Futsal Batu Cave, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, prinsip berpasukan itu bukan sahaja penting dalam parti politik, malah perlu diamalkan dalam semua organisasi bagi memastikan matlamat bersama dapat dicapai.
Katanya, perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada perpecahan, sebaliknya perlu ditangani menerusi kompromi dan kerjasama.
Johari turut menggalakkan lebih banyak program melibatkan golongan muda dianjurkan setiap tahun bagi memberi mereka peluang menimba pengalaman mengurus dan memimpin organisasi.- KOSMO! ONLINE
The post Kepimpinan perlu bermula dari bawah – Johari appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!19:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.