
MCMC kesan individu disyaki hina Islam menerusi hantaran media sosial
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MELAKA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. (Utusan Malaysia, 18:41)
Read the reporting
1 report
MCMC kesan individu disyaki hina Islam menerusi hantaran media sosial
MELAKA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, individu berkenaan akan dirakam percakapannya selepas berjaya dikesan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, MCMC menerima beberapa laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara itu, termasuk sekurang-kurangnya satu laporan yang dimaklumkan kepadanya.
“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC sedang mengesan individu tersebut dan beliau akan dirakam percakapan.
“Sekiranya pihak pendakwa raya merasakan wajar untuk dihadapkan ke mahkamah, maka itulah adalah langkah yang seterusnya yang akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program PMK Paya Rumput@Tangga Batu di Krubong, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula hantaran berunsur 3R, iaitu agama, kaum dan institusi diraja, di media sosial.
Sebaliknya, katanya, orang ramai perlu segera melaporkan kandungan sedemikian kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Jangan bantu untuk sebarkan, jangan kongsi semula dan jangan menambah jumlah tontonan. Terus buat laporan polis atau aduan kepada MCMC,” katanya. – UTUSAN
The post MCMC kesan individu disyaki hina Islam menerusi hantaran media sosial appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.