
Tangguh dulu aktiviti mandi-manda, perkhemahan - Bomba Baling
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tangguh dulu aktiviti mandi-manda, perkhemahan - Bomba Baling (Google News · video tular (BM), 20:44)
Read the reporting
2 reports
Tangguh dulu aktiviti mandi-manda, perkhemahan - Bomba Baling
BALING: Orang ramai digesa menangguhkan sebarang aktiviti mandi-manda dan perkhemahan di kawasan berisiko seperti air terjun serta lata susulan ancaman fenomena kepala air dan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan berisiko tinggi dan sentiasa peka terhadap perubahan keadaan cuaca harian.
Katanya, peringatan itu susulan dua rakaman video dan gambar kejadian kepala air berlaku di Lata Bayu, di sini tular di media sosial hari ini.
Berdasarkan video berdurasi 26 saat dan 12 saat, kepala air itu berlaku sehingga menyebabkan air deras turun dari kawasan bukit peranginan di situ.
Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden berkenaan.
Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu melalui media sosial sekitar jam 4 petang tadi.
Bagaimanapun, tiada panggilan rasmi diterima setakat ini dan kawasan peranginan itu sebelum ini ditutup kepada orang ramai untuk penambah baikan.
"Sehubungan itu, BBP Baling menasihatkan orang ramai supaya sentiasa meningkatkan aspek keselamatan diri mahupun ahli keluarga supaya tidak menghampiri kawasan berisiko rekreasi air untuk elak kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi turut menasihatkan orang ramai supaya memantau pergerakan anak dan ahli keluarga setiap masa selain sayangi nyawa masing-masing.
Beliau berkata, pemantauan dan tinjauan di beberapa lokasi tumpuan awam di air terjun seperti di Lata Bayu dan Lata Bukit Hijau sentiasa dilakukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News · video tular (BM)20:44
- Step 2YouTube (mainstream)Buletin TV3 (YouTube)22:22 · +97 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Buletin TV3 (YouTube), Google News · video tular (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.