
Kerajaan perlu jelaskan status projek Belanjawan 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Status pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Belanjawan 2026 perlu dijelaskan kerajaan susulan hanya 3,120 projek atau 32.6 peratus didapati mencapai status pascapelaksanaan manakala lebih 60 peratus masih di peringkat prapelaksanaan atau pelaksanaan. (Utusan Malaysia, 13:29)
Read the reporting
1 report
Kerajaan perlu jelaskan status projek Belanjawan 2026
KUALA LUMPUR: Status pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Belanjawan 2026 perlu dijelaskan kerajaan susulan hanya 3,120 projek atau 32.6 peratus didapati mencapai status pascapelaksanaan manakala lebih 60 peratus masih di peringkat prapelaksanaan atau pelaksanaan.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persoalan itu perlu dijawab bagi menilai kecekapan kerajaan melaksanakan projek pembangunan yang menerima peruntukan besar daripada wang awam.
Beliau berkata, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bersamaan 17.2 peratus daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM470 bilion.
“Pada tahun belanjawan tahun 2026 yang lalu, memperuntukkan sebanyak RM81 bilion bagi belanja pembangunan iaitu 17.2 dari keseluruhan belanjawan 470 bilion.
“Daripada jumlah itu, hanya 3,120 projek atau 32.6 peratus mencapai status pascapelaksanaan, manakala 6,265 projek, iaitu lebih 60 peratus, masih berada pada peringkat prapelaksanaan atau pelaksanaan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan memperincikan jumlah projek yang telah disiapkan sepenuhnya sedang dilaksanakan serta masih di peringkat reka bentuk dan pemulihan.
Takiyuddin turut meminta penjelasan mengenai jumlah projek yang menerima lanjutan masa (EOT), dikategorikan sebagai projek sakit atau berisiko gagal disiapkan mengikut jadual.
Beliau juga mahu kerajaan menjelaskan sistem amaran awal yang digunakan untuk mengesan kelewatan projek supaya tindakan pembetulan dapat diambil lebih awal.
“Kedua, berapakah projek yang telah menerima Extension of Time (EOT), dikategorikan sebagai projek sakit, berisiko gagal disiapkan mengikut jadual dan apakah sistem amaran awal yang diwujudkan oleh kerajaan untuk mengesan projek-projek yang lewat ini?
“Kerja kedua ialah prestasi perbelanjaan dan fiskal. Belanjawan yang besar hanya akan memberi impak sekiranya setiap ringgit dibelanjakan secara cekap dan berhemah,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin mempersoalkan prestasi perbelanjaan kerajaan dan kedudukan fiskal negara, meskipun hasil kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM336 bilion.
Katanya, kerajaan masih merekodkan defisit fiskal sebanyak RM75.288 bilion atau 3.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Beliau berkata, hutang Persekutuan turut meningkat kepada RM1.321 trilion manakala akaun belum terima mencecah RM120.102 bilion dan komitmen kewangan serta liabiliti lain berjumlah RM332.378 bilion.
“Belanjawan yang besar hanya akan memberikan impak sekiranya setiap ringgit dibelanjakan secara cekap dan berhemah,” katanya.
Beliau justeru meminta kerajaan menyatakan prestasi sebenar perbelanjaan Belanjawan 2026 mengikut kementerian termasuk kementerian yang mencatatkan prestasi perbelanjaan terendah.
Beliau turut mempersoalkan mekanisme kawalan yang digunakan bagi memastikan setiap perbelanjaan memberikan nilai tambah kepada rakyat, selain mengenal pasti sama ada kelewatan projek berpunca daripada kelemahan perancangan atau pengurusan kontrak. – UTUSAN
The post Kerajaan perlu jelaskan status projek Belanjawan 2026 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.