
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah tetapkan 14 Oktober untuk hujahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Oktober ini untuk mendengar hujahan pada akhir kes pembelaan dalam perbicaraan kes empat lelaki yang didakwa membunuh remaja T Nhaveen, sembilan tahun lalu. (Berita Harian, 15:37)
Read the reporting
2 reports
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah tetapkan 14 Oktober untuk hujahan
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Oktober ini untuk mendengar hujahan pada akhir kes pembelaan dalam perbicaraan kes empat lelaki yang didakwa membunuh remaja T Nhaveen, sembilan tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas prosiding bela diri yang bermula semalam selesai lebih awal daripada jangkaan.
"Saya ingin mengingatkan pihak-pihak bahawa kes ini membabitkan dua pertuduhan, iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan ketika itu.
"Jadi, dalam merakam hujahan masing-masing, sila buat hujahan membezakan antara kedua-dua pertuduhan dan keterangan yang dibuat," katanya selepas mendengar pernyataan saksi terakhir semasa prosiding membela diri atas pertuduhan membunuh Nhaveen.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari mempersoalkan keterangan tertuduh terakhir yang juga remaja ketika kejadian, yang mendakwa dirinya dipukul menggunakan topi keledar oleh rakan Nhaveen, iaitu T Previin sehingga pengsan ketika cuba meleraikan "pergelutan" di Jalan Kaki Bukit di Gelugor pada 9 Jun 2017.
Beliau turut membangkitkan persoalan ketiadaan laporan perubatan bagi menyokong dakwaan kecederaan itu selain mempersoalkan mengapa perkara berkenaan tidak dimaklumkan ketika prosiding reman atau pendakwaan di mahkamah sebelum ini sejak 2017.
Tertuduh turut menafikan kenyataan pihak pendakwaan bahawa dirinya bersama tiga tertuduh lain menyerang Previin dan Nhaveen, termasuk meneruskan serangan terhadap Nhaveen di Padang Openg, Gelugor serta tidak mengetahui bagaimana mangsa mengalami kecederaan yang membawa kepada kematiannya.
Lelaki itu membacakan pernyataan saksi dan menjawab soalan pihak pendakwaan dalam bahasa Tamil dengan bantuan jurubahasa mahkamah.
Pendakwaan dikendalikan Mohd Amril, Yazid Mustaqim Roslan dan Noor Azura Zulkiflee, manakala kesemua tertuduh J Ragesuthen, 27, S Gokulan, 27, dua lagi remaja diwakili peguam Maanveer Singh Dhillon, R. Thevan dan Lim Sheng Zhe.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan memerintahkan Ragesuthen, Gokulan dan dua remaja membela diri atas pertuduhan membunuh Nhaveen selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan mereka pada 3 Oktober 2023.
Mereka juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan Previin berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Gelugor antara 11 malam hingga 12 tengah malam 9 Jun 2017.
Nhaveen meninggal dunia pada 15 Jun 2017 selepas enam hari dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam kejadian berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Malay Mail
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
