Malaysian Attention Engine
Live wire
58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara54General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi51Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori48Ribut petir hampir seluruh negara petang ini45‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’41BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40General : Budget 2027 Shows Govt's Commitment To Boosting Sabah's Interior Development - Arthur40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38General : Thunderstorm, Heavy Rain Warning In 14 States Until 6 Pm
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Keselamatan siber perlu jadi keutamaan keselamatan negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 12:15 MYTLatest activity 10 Oct, 12:15BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Keselamatan siber perlu dilihat sebagai antara keutamaan keselamatan negara dan bukan sekadar isu teknologi maklumat (IT) berikutan kebocoran data sensitif kerajaan berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada negara. (Harian Metro, 12:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Keselamatan siber perlu jadi keutamaan keselamatan negara

10 Oct, 12:15 MYT

Kuala Lumpur: Keselamatan siber perlu dilihat sebagai antara keutamaan keselamatan negara dan bukan sekadar isu teknologi maklumat (IT) berikutan kebocoran data sensitif kerajaan berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada negara.

Pengarah Amalan Keselamatan Siber Aras Integrasi Sdn Bhd, Faurani Jaafar berkata, agensi kerajaan secara umumnya menyimpan dua kategori maklumat sensitif iaitu data peribadi rakyat serta maklumat berkaitan kerajaan termasuk perolehan aset.

Menurutnya, sebarang kebocoran membabitkan maklumat strategik seperti perolehan aset ketenteraan boleh membuka ruang kepada pihak luar mengetahui perancangan negara.

"Walaupun kita melihat perkara ini daripada perspektif keselamatan siber, keupayaan untuk mencegah insiden seperti ini sebenarnya menyumbang kepada keselamatan negara.

"Sebagai contoh, sekiranya maklumat berkaitan perolehan aset ketenteraan terjejas, negara lain berpotensi mengetahui aset yang akan kita peroleh dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Justeru, keupayaan melindungi aset negara menerusi inisiatif keselamatan siber seperti ini dapat membantu meningkatkan keselamatan negara," katanya ketika ditemui media pada Cyber Digital Services, Defence & Security Asia (CyberDSA) 2026, di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Aras Integrasi, Farul Mohd Ghazali berkata, Malaysia perlu membangunkan keupayaan dalaman yang mencukupi untuk menyiasat insiden siber tanpa bergantung sepenuhnya kepada penyedia teknologi luar.

Katanya, pembangunan teknologi tempatan bukan sekadar soal pemilikan, sebaliknya perlu merangkumi keupayaan mengendalikan, menyelenggara serta menambah baik teknologi kritikal secara berterusan menggunakan bakat tempatan.

"Matlamat akhirnya adalah untuk kita mendapatkan bakat terbaik di Malaysia dan memastikan mereka dapat membantu menghasilkan produk yang semakin baik.

"Isunya adalah persepsi yang menyebabkan nilai sebenar yang mampu kita bawa ke pasaran dipandang rendah. Dengan bakat yang kita miliki ketika ini serta keupayaan dalam kecerdasan buatan (AI), apa yang kita ada sebenarnya setanding dengan teknologi dari luar negara," katanya.

Dalam usaha memperkukuh keupayaan teknologi tempatan, Aras Integrasi membangunkan tiga platform keselamatan siber tempatan bagi menangani pelbagai aspek risiko siber dan penyiasatan digital.

Tiga platform itu ialah VoronCitadel yang memberi tumpuan kepada tadbir urus, risiko dan pematuhan bagi membantu organisasi mengurus tadbir urus siber, risiko digital, keterlihatan permukaan serangan serta risiko pihak ketiga.

Selain itu, GovSec adalah platform risikan ancaman dibantu AI yang membantu pasukan keselamatan mengenal pasti dan menilai potensi ancaman, manakala chainSENTRY pula platform risikan serta penyiasatan blockchain bagi tujuan pengesanan transaksi, analisis dompet digital dan penilaian risiko.

Semua platform itu dibangunkan menggunakan bakat dan teknologi tempatan dengan GovSec dibangunkan menerusi kerjasama bersama CyberSecurity Malaysia.

Faurani berkata, pembangunan berkenaan adalah sebahagian usaha Aras Integrasi memperkukuh keupayaan teknologi berdaulat selain menggunakan infrastruktur pengkomputeran sendiri bagi menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Kami kini mempunyai 64 unit GPU dan tidak bergantung kepada infrastruktur awan untuk R&D. Ini memberi lebih kebebasan kepada pembangun kami untuk bereksperimen dan membangunkan teknologi sendiri," katanya.

Menurutnya, syarikat itu turut merancang memperluaskan kerjasama dengan agensi kerajaan selain meneroka pasaran luar negara apabila teknologi dibangunkan mencapai tahap kematangan yang sesuai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:0015:00
Latest 15:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 12:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Keselamatan siber perlu jadi keutamaan keselamatan negara · Malaysian Attention Engine