
Ketengah khasiat kefir dalam bentuk aiskrim
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KEFIR yang selama ini lebih dikenali sebagai produk minuman yang kaya dengan probiotik kini diberi nafas baharu menerusi aiskrim keluaran Cream & Culture yang menyasarkan pengguna yang mahukan pilihan pencuci mulut dengan nilai tambah kesihatan. (Utusan Malaysia, 07:30)
Read the reporting
1 report
Ketengah khasiat kefir dalam bentuk aiskrim
KEFIR yang selama ini lebih dikenali sebagai produk minuman yang kaya dengan probiotik kini diberi nafas baharu menerusi aiskrim keluaran Cream & Culture yang menyasarkan pengguna yang mahukan pilihan pencuci mulut dengan nilai tambah kesihatan.
Pengasas Bersamanya, Ho Su Mei berkata, idea menghasilkan aiskrim kefir tercetus daripada pengalaman keluarganya dalam perniagaan kefir sejak 2009 yang merangkumi minuman, produk kegunaan harian seperti sabun dan pencuci mulut.
Katanya, idea bagi mengeluarkan aiskrim berasaskan kefir pertama secara komersial di Malaysia itu tercetus kira-kira dua tahun lalu sebelum kedai fizikal mula beroperasi pada Julai tahun lepas.
“Kefir mempunyai manfaat yang dikaitkan dengan kesihatan usus, namun rasanya tidak semestinya digemari semua orang.
“Jadi, saya fikir cara terbaik untuk memperkenalkan kefir kepada lebih ramai orang adalah melalui aiskrim kerana hampir semua orang mengenali dan menyukai aiskrim.
“Matlamat kami adalah untuk menggabungkan manfaat kesihatan dengan rasa yang enak. Bagi kami, produk yang sihat sahaja tidak mencukupi jika rasanya kurang memuaskan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di premisnya di Petaling Jaya, Selangor.
Graduan Pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, Cream & Culture memberi perhatian kepada rasa dan tekstur bagi memastikan produknya bukan sahaja menawarkan pilihan berasaskan kefir, malah boleh dinikmati secara berterusan.
Menurutnya, terdapat dua jenis kefir iaitu kefir susu dan kefir air. Kefir susu menyerupai yogurt, manakala kefir air lebih mirip kombucha, iaitu minuman hasil penapaian.
“Aiskrim Cream & Culture menggunakan kefir susu sebagai asas, dengan proses penapaian menjadi sebahagian daripada penghasilan produk dan bukannya sekadar menambah perisa yogurt seperti sesetengah aiskrim yogurt dalam pasaran.
“Bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang berbeza, Cream & Culture menawarkan 18 perisa pada satu-satu masa, manakala jumlah keseluruhan perisanya melebihi 20 jenis kerana pilihan berkenaan ditukar dari masa ke semasa.
“Antara perisa paling laris ialah lemon beri biru dan bunga telang garam laut,” ujarnya.
Su Mei berkata, proses penapaian biasanya mengambil masa sekitar 20 hingga 24 jam, menggunakan bijian kefir yang dimasukkan ke dalam susu sehingga susu menjadi lebih pekat dan mengalami penggumpalan.
Usahawan muda itu berkata, maklum balas pelanggan adalah memberangsangkan termasuk bagi mereka yang sudah mengenali kefir serta golongan yang datang semata-mata untuk menikmati aiskrim.
Tambahnya, sasaran Cream & Culture bukan sahaja pengguna yang sudah mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi juga mereka yang mahu beralih kepada pilihan makanan yang lebih baik secara berperingkat.
Menurutnya, seseorang yang mula berminat terhadap pemakanan sihat tidak semestinya terus berhenti mengambil gula atau mengubah keseluruhan diet secara mendadak.
“Sebaliknya, mereka mungkin bermula dengan mengenali dan mencuba pilihan alternatif sebelum membuat perubahan yang lebih besar.
“Produk itu turut sesuai dinikmati bersama keluarga, termasuk kanak-kanak, dengan ibu bapa antara pelanggan yang datang bersama anak-anak mereka.
“Selain penerangan secara langsung oleh kakitangan, kedai itu turut menyediakan bahan maklumat bagi membantu pelanggan memahami kefir sebagai produk tenusu yang ditapai.
Selain aiskrim, Su Mei berkata, Cream & Culture turut menawarkan wafel yang menggunakan kefir dalam proses penyediaannya serta brownies.
Katanya, Cream & Culture juga telah menjual produknya di sebuah gedung serbaneka mewah di TRX dan perniagaan itu terbuka untuk meneroka lebih banyak lokasi jualan, termasuk pasar raya yang lain.-UTUSAN
The post Ketengah khasiat kefir dalam bentuk aiskrim appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.