Malaysian Attention Engine
Live wire
59Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah56Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR43Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi42Sport : Jefri, Arrifin Swap NSC, Sports Commissioner Posts - KBS40China-North Korea bridge to open on October 1540BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah40Man gets over 8 years’ prison for forcing 3-year-old to eat faeces39General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine39Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?38Dua kapal berdaftar di Singapura ditembak di Selat Hormuz, satu tenggelam36General : Electricity Tariffs, Data Centres And Haze Impact Among Key Issues In Dewan Rakyat Today35World : Egypt Discovers Fragments Of Two Colossal Ramses II Statues
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Keusahawanan sosial membina mahasiswa prihatin

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 08:00 MYTLatest activity 15 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

DALAM menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks, golongan belia bukan lagi sekadar pewaris masa depan, sebaliknya rakan strategik yang turut memainkan peranan penting dalam membentuk masa kini. (Utusan Malaysia, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Keusahawanan sosial membina mahasiswa prihatin

By Shamshina Mohamad Hanifa · 15 Oct, 08:00 MYT

DALAM menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks, golongan belia bukan lagi sekadar pewaris masa depan, sebaliknya rakan strategik yang turut memainkan peranan penting dalam membentuk masa kini.

Belia perlu diberikan ruang, kepercayaan dan peluang untuk memimpin, mencipta penyelesaian serta memberikan impak kepada masyarakat.

Justeru, kesukarelawanan dan keusahawanan merupakan dua elemen penting yang mampu bergerak seiring dalam memperkasa belia agar lebih berdaya tahan, kreatif, berdikari dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Pendekatan ini amat bertepatan dengan agenda semasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi penekanan terhadap pembangunan mahasiswa secara holistik, pengukuhan kebolehpasaran graduan, keusahawanan, kesejahteraan masyarakat serta pembudayaan inovasi dan kelestarian.

Institusi pendidikan tinggi (IPT) bukan sekadar tempat menimba ilmu akademik tetapi juga medan untuk mahasiswa membina karakter, kemahiran kepimpinan dan keupayaan menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

Dalam konteks ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai ekosistem yang subur dalam membudayakan keusahawanan. Antara contoh yang jelas ialah program Sumayyah Greenpreneur, sebuah program keusahawanan sosial yang digerakkan sekumpulan ahli jawatankuasa kolej kediaman dengan memanfaatkan geran KPT berjumlah RM35,000.

Program ini memperlihatkan bagaimana mahasiswa bukan sahaja mampu mengurus dana dan melaksanakan aktiviti, malah berupaya mengubah sumber yang ada kepada sesuatu yang menghasilkan manfaat ekonomi dan sosial.

Sebanyak RM33,000 telah dijana melalui program tersebut, sekali gus menunjukkan potensi keusahawanan sosial dalam mewujudkan nilai ekonomi sambil menyelesaikan masalah masyarakat.

Lebih penting, program ini tidak berhenti pada aspek penjanaan pendapatan semata-mata. Sebanyak 40 orang suri rumah daripada golongan B40 menjadi penerima manfaat melalui usaha membantu mereka memperoleh pendapatan sampingan yang boleh menyumbang kepada pengukuhan ekonomi keluarga.

Dua kemahiran utama diberikan kepada penerima manfaat. Pertama ialah kemahiran mengendalikan sistem akuaponik, yang menggabungkan penternakan ikan dan penanaman salad dalam satu sistem yang saling melengkapi.

Kedua ialah kemahiran mempelbagaikan produk berasaskan serbuk moringa supaya bahan mentah yang tersedia dapat diberikan nilai tambah melalui penghasilan produk yang mempunyai potensi pasaran.

Proses pemindahan ilmu ini dilaksanakan melalui beberapa siri bengkel bersama mentor dan ahli jawatankuasa kolej kediaman. Pendekatan sebegini amat signifikan kerana penerima manfaat tidak sekadar menerima bantuan dalam bentuk barangan atau kewangan, sebaliknya diberikan ilmu dan kemahiran yang boleh digunakan secara berterusan.

Inilah hakikat sebenar pemerkasaan iaitu membantu seseorang bukan sekadar untuk hari ini tetapi memberikan keupayaan untuk mereka membina masa depan sendiri.

Pada masa sama, mahasiswa yang terlibat turut mendapat manfaat besar. Mereka belajar mengurus projek, berkomunikasi dengan komuniti, menyelesaikan masalah, mengurus kewangan, membina jaringan dan memahami keperluan sebenar masyarakat.

Pengalaman ini merupakan bentuk pembelajaran di luar bilik kuliah yang sangat bernilai dalam membentuk graduan yang bukan sahaja mempunyai ilmu tetapi juga mempunyai kompetensi, empati dan daya kepimpinan.

SEMANGAT SUKARELAWAN

UIAM dan kesukarelawanan ibarat lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. Budaya menyantuni masyarakat, khususnya golongan rentan, bukan sekadar aktiviti kemasyarakatan, tetapi menjadi sebahagian daripada proses pembentukan mahasiswa yang mempunyai nilai ihsan, tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap realiti kehidupan masyarakat.

Semangat kesukarelawanan ini turut dapat dilihat melalui program menyantuni masyarakat Orang Asli di Pos Hau, apabila sejumlah RM22,000 ditaja bagi menyokong pelaksanaan program kemasyarakatan.

Inisiatif ini mencerminkan kecaknaan siswa terhadap keperluan golongan rentan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan.

Antara bentuk bantuan yang disalurkan termasuk bakul makanan, keperluan persekolahan serta aktiviti mentoring untuk anak-anak Orang Asli.

Pendekatan tersebut memperlihatkan kesukarelawanan tidak seharusnya terhad kepada pemberian bantuan material semata-mata.

Aspek pendidikan, pembangunan potensi dan pendampingan turut perlu diberikan perhatian kerana pendidikan merupakan antara instrumen penting untuk memutuskan kitaran kemiskinan dan membuka peluang mobiliti sosial.

Usaha seperti ini juga selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan, khususnya berkaitan pembasmian kemiskinan, pendidikan berkualiti, pengurangan ketidaksamaan serta pembentukan komuniti yang lebih inklusif dan mampan.

Dengan menghubungkan aktiviti kesukarelawanan kepada matlamat pembangunan mampan, mahasiswa dapat melihat tindakan kecil di peringkat komuniti sebenarnya mempunyai kaitan dengan agenda pembangunan yang lebih besar.

Apa yang lebih penting, kesukarelawanan dan keusahawanan tidak seharusnya dilihat sebagai dua bidang yang berasingan. Kesukarelawanan membina jiwa untuk memberi, manakala keusahawanan membina keupayaan untuk mencipta nilai.

Apabila kedua-duanya digabungkan, lahirlah satu pendekatan pemerkasaan yang lebih menyeluruh. Mahasiswa bukan sahaja membantu masyarakat menyelesaikan masalah tetapi turut belajar membina penyelesaian yang boleh bertahan dan berkembang.

Dalam konteks agenda KPT, pendekatan sebegini perlu terus diperkukuh melalui lebih banyak ruang kepada mahasiswa untuk memimpin projek berimpak, mengurus geran, membangunkan perusahaan sosial, menjalinkan kerjasama dengan komuniti serta mengukur impak program secara nyata.

Kejayaan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah program yang dilaksanakan semata-mata tetapi berdasarkan perubahan yang berlaku kepada penerima manfaat dan pembangunan kompetensi mahasiswa.

Akhirnya, pemerkasaan belia bukan sekadar memberikan mereka peluang untuk bersuara tetapi memberikan mereka ruang untuk bertindak.

Program seperti Sumayyah Greenpreneur dan usaha menyantuni masyarakat Orang Asli di Pos Hau membuktikan mahasiswa mampu menjadi ejen perubahan apabila diberikan kepercayaan, bimbingan dan sumber yang bersesuaian.

Kesukarelawanan memberikan jiwa kepada keusahawanan, manakala keusahawanan memberikan kelangsungan kepada kesukarelawanan. Kedua-duanya, apabila digerakkan bersama, mampu melahirkan generasi belia yang bukan sahaja berjaya untuk diri sendiri tetapi turut mampu mengangkat kehidupan orang lain.

Inilah wajah belia yang diperlukan negara. Merekalah belia yang berilmu, berkemahiran, berjiwa sukarelawan, berdaya usaha dan bersedia menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran masyarakat. – UTUSAN

DR. Shamshina Mohamad Hanifa ialah Pensyarah Undang-undang, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

The post Keusahawanan sosial membina mahasiswa prihatin appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:42 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
15 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Keusahawanan sosial membina mahasiswa prihatin
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.