
KL Thunder diperkuat dua import Thailand
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PASUKAN Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder) mempertaruhkan ‘wajah baharu’ apabila menyerap dua pemain import dari Thailand bagi memperkukuh cabaran mereka menjelang saingan Liga Sepak Takraw Divisyen Premier yang membuka tirai secara rasmi pada 21 Oktober ini. (Kosmo!, 09:30)
Read the reporting
1 report
KL Thunder diperkuat dua import Thailand
PASUKAN Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder) mempertaruhkan ‘wajah baharu’ apabila menyerap dua pemain import dari Thailand bagi memperkukuh cabaran mereka menjelang saingan Liga Sepak Takraw Divisyen Premier yang membuka tirai secara rasmi pada 21 Oktober ini.
Dua tonggak dari negara jiran itu membabitkan pemain tekong, Chutchanan Suwannarat serta apit kiri, Supasin Boonrueng yang akan diadun bersama barisan bakat muda tempatan.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Sumali Reduan menyifatkan rombakan skuad kali ini menggabungkan pemain Sukan Malaysia (SUKMA), bekas pemain kebangsaan serta kudrat import bagi membentuk skuad terbaik biarpun turun tanpa deretan bintang ternama seperti musim terdahulu.
“Ini adalah wajah baharu KL Thunder yang saya impikan. Kita sedar ramai pemain bintang dan tonggak kebangsaan sudah beralih ke pasukan lain, namun ketiadaan nama besar memberi ruang terbaik buat barisan pemain ini membuktikan mereka mampu bersaing di tahap tertinggi,” katanya ketika ditemui semalam.
Sumali yang juga Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkata, skuad ibu kota itu turut diperkuatkan dengan sentuhan pengendali berpengalaman dari Thailand, Niphat Wongprasert yang kembali membantu barisan kejurulatihan tempatan mengasah taktikal pasukan.
Mengulas mengenai saingan sengit membabitkan 12 pasukan dalam format tujuh pusingan Grand Prix (GP) musim ini, Sumali yakin KL Thunder mampu melakar kejutan besar sekiranya pemain tampil dengan keyakinan penuh seawal pusingan pertama.
“Turun ke gelanggang dengan ‘hati yang besar’. Jangan ada perasaan takut, rasa kerdil atau rendah diri kerana anda semua ada kualiti.
“Bagi tekong, kelebihan bukan sekadar servis mencari mata tetapi wajib mempunyai pertahanan dan bola pertama yang kukuh,” tegasnya.
Selain dua pemain import Thailand, KL Thunder turut diperkuat Muhammad Fauzan Hairini dan Mohammad Syahril Mohd Rosdi (tekong), Muhammad Kamarul Ezzad (apit kiri) serta Wan Muhamad Razzuq Wan Jusoh (apit kanan).
The post KL Thunder diperkuat dua import Thailand appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.