Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution44Wan Ahmad Fayhsal dibenar keluar HKL41Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202740General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon40General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption37Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor36Samenta gesa komisen platform p-panggilan dihadkan 20%36Ain Edruce kena scam tiket F1 harga RM8,000, ingat nak beri kejutan seat ‘best’ buat suami34Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara34Business : Liam Welcomes RM200 Mediasas Subsidy For Eligible SME Employees34[VIDEO] Apa yang kecoh di Damansara petang tadi?34Anker soundcore AeroClip 2 Earbuds Officially Available In Malaysia
OverUnconfirmedupdated 2 d ago

Kontroversi LCS: DAP terus heret nama Ahmad Zahid – Fadzmel | Sinar Harian

Only social or community posts, or a single source.

Attention
2
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 7 Oct, 18:47 MYTLatest activity 7 Oct, 18:47BMconfidence 60%

What happened

Kontroversi LCS: DAP terus heret nama Ahmad Zahid – Fadzmel | Sinar Harian (Google News Malaysia (BM), 18:47)

Read the reporting

1 report
Photo: sinarharian.com.my
sinarharian.com.my·News·BM·2 min read

Kontroversi LCS: DAP terus heret nama Ahmad Zahid – Fadzmel | Sinar Harian

7 Oct, 18:47 MYT

SHAH ALAM - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang cuba mengaitkan perkembangan terkini Projek Littoral Combat Ship (LCS) dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan cubaan menghidupkan semula naratif lama dengan mencampur-adukkan keputusan dan perkembangan projek yang berlaku dalam tempoh lebih sedekad.

Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, sedangkan projek LCS telah melalui pelbagai peringkat pentadbiran, beberapa Menteri Pertahanan, proses semakan, siasatan, audit forensik, tindakan undang-undang dan akhirnya penstrukturan semula oleh kerajaan.

Menurutnya, tindakan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha tersusun DAP untuk terus mengheret nama Ahmad Zahid ke dalam isu yang telah melalui pelbagai proses, pentadbiran dan keputusan selepas beliau meninggalkan portfolio Menteri Pertahanan.

"Hakikatnya, perkembangan yang dibangkitkan hari ini berlaku bertahun-tahun kemudian, namun nama beliau terus dipetik semula semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan.

"Pada peringkat awal, nama Ahmad Zahid memang cuba dikaitkan dengan projek LCS berdasarkan dokumen dan keputusan awal ketika beliau menerajui Kementerian Pertahanan.

"Namun, kewujudan catatan atau arahan pada peringkat tersebut tidak bermaksud keseluruhan projek telah diluluskan atau segala keputusan selepas itu dibuat oleh beliau," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Guan Eng dalam kenyataan mengingatkan kembali kepada kontroversi perolehan LCS ketika Ahmad Zahid menjadi Menteri Pertahanan, termasuk nota tangan “Sila dilaksanakan” yang ditulis pada surat berkaitan projek berkenaan.

Tambah Fadzmel, perkara lebih penting apabila penelitian yang lebih mendalam dibuat melalui Pengauditan Forensik LCS oleh Alliance IFA, yang laporannya dikemukakan pada Julai 2020.

Jelasnya, fokus dapatan adalah terhadap aspek tadbir urus, proses perolehan, pembayaran, pengurusan projek dan tindakan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan.

"Tidak ada sedikit pun dapatan dalam audit forensik tersebut yang meletakkan Ahmad Zahid sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap salah laku kewangan atau kegagalan pelaksanaan projek, walaupun laporan itu dikemukakan pada tahun sama pentadbiran Pakatan Harapan 1.0.

"Maksudnya, apabila projek ini diteliti bukan sekadar pada surface value tetapi melalui audit forensik yang lebih mendalam, persoalan yang timbul bukan lagi mengenai campur tangan politik tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus, pengurusan kontrak dan pelaksanaan projek itu sendiri.

"Jadi sekiranya benar segala kelemahan kewangan dan pelaksanaan projek ini berpunca daripada arahan peribadi Ahmad Zahid, sudah tentu perkara itu akan menjadi dapatan jelas dalam audit forensik, siasatan dan proses akauntabiliti yang dijalankan selepas itu.

"Sebaliknya, daripada tahun 2020 sehingga hari ini tiada satu pun dapatan tersebut yang secara langsung mengaitkan Ahmad Zahid malah, tindakan perundangan pernah diambil terhadap individu yang dikatakan mempunyai tanggungjawab langsung dalam pengurusan projek," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. State
    Over

    single source and no mention for 37h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
7 Oct, 18:47 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    18:47

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kontroversi LCS: DAP terus heret nama Ahmad Zahid – Fadzmel | Sinar Harian · Malaysian Attention Engine