Malaysian Attention Engine
Live wire
59Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor51Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00046Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu45Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah45RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202745CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen44US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says44Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ44Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok
AcceleratingConfirmedupdated 14 min ago

Ain Edruce kena scam tiket F1 harga RM8,000, ingat nak beri kejutan seat ‘best’ buat suami

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
43
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
5
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 11:07 MYTLatest activity 9 Oct, 12:48BMconfidence 90%

What happened

Ain Edruce kena scam tiket F1 harga RM8,000, ingat nak beri kejutan seat ‘best’ buat suami (Google News Malaysia (BM), 11:07)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Beli tiket F1 RM8000, dapat tempat duduk biasa – Ain Edruce

By . AL FAIZAL ABDUL KARIM · 9 Oct, 12:00 MYT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak menyangka kejutan untuk suami bertukar kecewa apabila mengetahui tiket menyaksikan Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang yang dibelinya baru-baru ini sekadar indah khabar dari rupa.

Menurut Ain, tiket berkenaan yang dibeli dengan harga melambung tinggi hanya membenarkan dia dan suami menonton perlumbaan di tempat duduk biasa.

“Saya nak beri kejutan kepada suami. Kalau ikutkan, saya tak minat sukan permotoran. Tapi suami saya minat.

“Kami buat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang terkenal. Tiket dengan pelbagai harga ditawarkan. Namun yang menarik minat kami adalah tiket berharga RM8000. Kami beli kerana beranggapan tentulah tempat duduknya lebih bagus.

“Rupanya kami tertipu. Harga yang dibeli itu hanya untuk sehari, tempat duduk biasa. walhal orang lain beli dengan harga RM2000 untuk tiga hari.

“Ramai yang hairan, kenapa kami duduk di tempat biasa sedangkan harga tiket itu sepatutnya untuk tempat duduk yang lebih baik. Barulah kami sedar kami ditipu. Apa pun seronok dapat menyaksikan F1,” katanya ketika hadir ke Majlis Cuckootopia x Melodi terhangat di Hyatt Regency, semalam.

Katanya, dia dan suami cuba sedaya upaya untuk menjual tiket berkenaan dengan harga sama namun tidak berjaya.

“Namun tiada siapa berminat untuk beli. Iyalah, siapa yang mahu membeli tiket RM8000 sedangkan mereka dapat beli dengan pelbagai harga yang jauh lebih murah,” ujarnya.

Ain dalam masa yang sama menyesal kerana tidak mendengar nasihat tukang urut yang ada bersama ketika pembelian tiket itu dibuat.

“Sebenarnya yang awal mempersoalkan harga tiket melambung tinggi itu adalah tukang urut yang ketika itu sedang mengurut saya.

“Nasihatnya agar saya mencari tiket yang lebih murah, namun tidak dilayan kerana saya waktu itu teruja membeli tiket F1 untuk suami.

“Namun akhirnya, harga yang ditawarkan tidak berbaloi dengan tempat duduk yang kami dapat,” kongsinya.

Bagaimanapun Ain bersyukur kerana dia dan suami dipermudahkan perjalanan sewaktu menghadiri acara yang dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang itu.

“Trafik sedikit sesak, namun kami tidak alami apa yang dilalui orang lain. Malah, tempat letak kereta juga sentiasa ada.

“Kami tidak sempat saksikan semua pusingan perlumbaan, terpaksa pulang awal selepas pusingan ke-25 kerana khuatir akan kesesakan jalan raya.

“Sudahnya kami sambung menonton pusingan selebihnya dalam kereta,” kongsinya.

Dalam masa sama, Ain menasihatkan agar masyarakat tidak mengikut langkahnya yang gelojoh dan tidak berfikir panjang sebelum membuat pembelian secara dalam talian.

“Kalau beli apa-apa di website, jangan tunjuk pandai lebih-lebih lagi perkara yang kita tidak biasa. Rujuk pakar terlebih dahulu.

“RM8000 itu besar nilainya, dengan jumlah itu anda boleh bayar sewa rumah, elektrik dan macam-macam lagi. Jadi berhati-hatilah sebelum membuat pembelian,” ujarnya lagi.- UTUSAN

The post Beli tiket F1 RM8000, dapat tempat duduk biasa – Ain Edruce appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 4 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWRISINGACCELERATINGnow12:0013:00
Latest 13:00 MYT
43Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +100%, z 1.8

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 11:07 MYT
Origin confidence 90% · 54 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    11:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.