Malaysian Attention Engine
Live wire
64RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202757World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix56Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok51Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim47General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar46World : Hurricane Isaias Makes Landfall In Florida45General : PMD (Religious Affairs) Acts Over Video Allegedly Showing Muslim In Non-Islamic Ritual44Special task force to probe RM350,000 bribe claims against MACC officer42General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed41Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala41Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewConfirmedupdated 15 min ago

Kontroversi Sabah Mineral dan jet peribadi: Justin, Shafiee desak Kerajaan Sabah beri penjelasan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 19:13 MYTLatest activity 10 Oct, 21:00BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah digesa memberikan penjelasan berhubung isu penggunaan jet peribadi oleh pegawai kanan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) pada Ogos 2024 yang mana perjalanan itu didakwa menelan belanja kira-kira RM400,000. (Berita Harian, 19:13)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kontroversi Sabah Mineral dan jet peribadi: Justin, Shafiee desak Kerajaan Sabah beri penjelasan

By Wartawan BH · 10 Oct, 19:13 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah digesa memberikan penjelasan berhubung isu penggunaan jet peribadi oleh pegawai kanan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) pada Ogos 2024 yang mana perjalanan itu didakwa menelan belanja kira-kira RM400,000.

Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong, susulan foto tular memaparkan beberapa individu bersama bagasi di sebelah jet peribadi yang mencetuskan kontroversi membabitkan SMM yang juga syarikat milik penuh kerajaan negeri.

Desakan sama juga pernah dibuat ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun, supaya kerajaan negeri menjelaskan secara terperinci kepada rakyat bagaimana perjalanan itu diatur, pihak yang menanggung kos serta pematuhan terhadap prosedur dan kelulusan dalaman.

"Perkara dibangkitkan Calvin wajar diberi perhatian dan kerajaan negeri perlu beri penjelasan bagi menjawab persoalan yang timbul.

"Perkembangan laporan polis berkaitan isu itu juga perlu diperjelaskan kepada umum, selain persoalan kemungkinan konflik kepentingan memandangkan SMM adalah syarikat milik penuh kerajaan Sabah," katanya.

Sebelum ini, Calvin menerusi hantaran di Facebook menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan terperinci berhubung foto tular itu, selain mempersoal sumber pembiayaan perjalanan itu, kelulusan Lembaga Pengarah SMM serta tujuan rasmi lawatan berkenaan, termasuk sama ada semua individu yang menyertainya mempunyai urusan rasmi dengan syarikat itu.

Calvin menegaskan gesaan mendapatkan penjelasan itu bukan bermaksud membuat kesimpulan bahawa berlaku rasuah atau salah laku, sebaliknya memastikan akauntabiliti dan tadbir urus syarikat milik kerajaan negeri terus terpelihara.

"Apabila sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri terlibat dalam sesuatu isu yang menimbulkan persoalan awam, rakyat berhak mendapatkan jawapan yang jelas.

"Penjelasan mestilah berdasarkan dokumen, prosedur dan fakta, bukan sekadar penafian atau kenyataan umum," katanya.

SMM sebelum ini menjelaskan perjalanan itu sebahagian lawatan kerja ke Indonesia berkaitan proses pelaburan langsung asing (FDI).

Media juga melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMM, Jontih Enggihon, membuat laporan polis dengan mendakwa kos penerbangan berkenaan kira-kira RM400,000.

SMM turut memaklumkan siasatan dalaman selesai pada Februari 2025 tidak menemukan salah laku, konflik kepentingan atau keuntungan peribadi, selain menyatakan dua pegawainya memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Parti Warisan (WARISAN) Tawau, Mohd Shafiee Banjar turut senada dengan pendirian Calvin, dengan berkata siasatan menyeluruh penting bagi memastikan ketelusan dan membolehkan segala persoalan dijawab berdasarkan fakta serta bukti.

"Perkara itu perlu ditangani secara profesional supaya keyakinan rakyat terhadap pengurusan syarikat milik kerajaan negeri terus terpelihara.

"Justeru, kerajaan negeri digesa memberikan penjelasan sewajarnya, termasuk perkembangan laporan polis berkenaan, supaya persoalan yang masih berbangkit dapat dirungkai secara telus tanpa mendahului hasil siasatan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:0021:00
Latest 21:12 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 19:13 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    19:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kontroversi Sabah Mineral dan jet peribadi: Justin, Shafiee desak Kerajaan Sabah beri penjelasan · Malaysian Attention Engine