
Koperasi TNB buka cawangan kedua Koptown Ar-Rahnu di TTDI Jaya
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM – Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB) hari ini merasmikan cawangan kedua Koptown Ar-Rahnu di TTDI Jaya di sini, selepas lebih lima tahun mengendalikan perkhidmatan berkenaan di cawangan pertama di Bangsar, Kuala Lumpur. (Kosmo!, 17:57)
Read the reporting
1 report
Koperasi TNB buka cawangan kedua Koptown Ar-Rahnu di TTDI Jaya
SHAH ALAM – Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB) hari ini merasmikan cawangan kedua Koptown Ar-Rahnu di TTDI Jaya di sini, selepas lebih lima tahun mengendalikan perkhidmatan berkenaan di cawangan pertama di Bangsar, Kuala Lumpur.
Pengerusi Koperasi TNB, Nik Hishamuddin Mohamed berkata, pembukaan cawangan kedua itu mencerminkan keyakinan pihaknya terhadap potensi perniagaan Ar-Rahnu, selain usaha memperluas perkhidmatan berasaskan prinsip syariah kepada anggota dan masyarakat.
Jelas beliau, sepanjang tempoh lebih lima tahun mengendalikan Ar-Rahnu, Koperasi TNB telah menimba banyak pengalaman dalam menguruskan perniagaan berkenaan termasuk dari segi penilaian emas, pengurusan pelanggan dan aliran tunai.
“Sepanjang lima tahun itu, kita belajar dan melihat setiap sudut perniagaan Ar-Rahnu, selain memastikan kedudukan kewangan kita kukuh sebelum mengembangkan perniagaan ini.
Nik Hishamuddin
“Ar-Rahnu memerlukan modal yang agak besar, sebab itu kita mengambil masa untuk membuka cawangan kedua. Namun kami percaya pembukaan cawangan ketiga dan seterusnya akan mengambil tempoh lebih singkat dengan beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk dipertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Mohd. Marzuki Yasoa.
Sepanjang tahun 2021 hingga 2025, Koptown Ar-Rahnu telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah kira-kira RM131 juta dengan nilai marhun (nilai pasaran semasa bagi barang cagaran) RM161.3 juta, membabitkan 13,500 surat akuan gadaian.
Bagi lapan bulan pertama tahun ini pula, jumlah pembiayaan yang dikeluarkan mencecah RM22.71 juta, dengan nilai marhun RM28.78 juta dan 1,952 surat akuan gadaian.
Menurut Nik Hishamuddin, pemilihan TTDI Jaya sebagai lokasi cawangan kedua dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk potensi kawasan, akses kepada pelanggan dan kesesuaian tenaga kerja, selain kedudukannya yang agak dekat dengan cawangan sulung di Bangsar.
Katanya, perniagaan Ar-Rahnu kini merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada keuntungan Koperasi TNB, di belakang perkhidmatan terasnya iaitu pembiayaan kepada ahli, dan khidmat pakej pelancongan.
Ar-Rahnu bagaimanapun dilihat mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai sumber pendapatan tambahan untuk memberi lebih nilai kepada anggota koperasi.
Mohd. Marzuki mendengar penerangan daripada petugas Koptown Ar-Rahnu TTDI Jaya.
Beliau pada masa sama mengingatkan petugas Koptown Ar-Rahnu supaya memberi keutamaan kepada pengalaman pelanggan termasuk melayan mereka dengan mesra, memberi ruang untuk bertanya serta menerangkan setiap urusan, caj dan terma dengan jelas.
“Setiap transaksi Ar-Rahnu perlu dilihat bukan sekadar urusan perniagaan kerana bagi pemilik emas, ia memiliki pelbagai cerita. Ia mungkin hadiah perkahwinan atau simpanan pusaka selama bertahun-tahun, sebelum digunakan sebagai sandaran untuk memenuhi keperluan keluarga atau mendapatkan modal bagi meneruskan perniagaan.
“Selain menguruskannya dengan baik, kita perlu memastikan pelanggan benar-benar faham sebelum mereka membuat keputusan. Kita mahu pelanggan pulang dengan keyakinan terhadap keputusan yang mereka buat jadi layanan di kaunter, penerangan mengenai caj dan terma, serta keselamatan barang gadaian amat penting,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Marzuki berkata, perniagaan Ar-Rahnu semakin popular dalam kalangan koperasi, namun pengendalinya perlu berdepan beberapa cabaran termasuk pengurusan aliran tunai terutamanya ketika harga emas meningkat.
Mohd. Marzuki
Beliau berkata, kenaikan harga emas boleh mendorong pelanggan melakukan overlap, iaitu mendapatkan pembiayaan tambahan berdasarkan peningkatan nilai emas yang dicagarkan, sekali gus meningkatkan keperluan dana yang perlu disediakan.
“Walaupun kita hanya beri sehingga 80 peratus daripada nilai emas, kalau nilai emas RM100 juta, pembiayaan yang perlu disediakan ialah RM80 juta. Jadi, pengurusan aliran tunai itu sangat penting,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan turut menyediakan peruntukan pembiayaan bagi membantu koperasi yang memerlukan sokongan kewangan, terutama dalam memastikan kecairan dan keupayaan mereka mengembangkan perniagaan.
Koptown Ar-Rahnu cawangan TTDI Jaya kini mengadakan promosi pembukaan dengan pembiayaan sehingga 80 peratus pada kadar keuntungan satu peratus sebulan. – KOSMO! ONLINE
The post Koperasi TNB buka cawangan kedua Koptown Ar-Rahnu di TTDI Jaya appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.