Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202759Business : JS-SEZ Attracts RM132 Bln In Investments Through June 2026 -- Anwar56General : Budget 2027: Govt-owned Entities Bill To Prevent Recurrence of Scandals - Anwar56Tabung Haji carum PERKESO untuk imam, bilal dan guru takmir54Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m52Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat51Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202749Budget 2027: Govt adds 100,000 free AI subscriptions for youth47Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing47General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon47General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar46World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

KPPA ziarah bekas guru Geografi, pesara kerajaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:39 MYTLatest activity 9 Oct, 09:39BMconfidence 60%

What happened

KOTA BHARU: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyantuni bekas gurunya di Pusat Jagaan ShalisCare Centre, di sini. (Berita Harian, 09:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

KPPA ziarah bekas guru Geografi, pesara kerajaan

By Nor Fazlina Abdul Rahim · 9 Oct, 09:39 MYT

KOTA BHARU: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyantuni bekas gurunya di Pusat Jagaan ShalisCare Centre, di sini.

Siti Zaitun Abdullah, 78, pernah mengajar Wan Ahmad Dahlan bagi subjek Geografi ketika di Tingkatan Lima di Maktab Sultan Ismail.

Kunjungan menerusi Program Santuni Pesara Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu bertujuan menyantuni pesara kerajaan dan menyampaikan bantuan serta sumbangan.

Sementara itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, Program Santuni Pesara adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPA dalam memastikan kebajikan pesara perkhidmatan awam terus diberi perhatian selepas mereka menamatkan perkhidmatan.

"Lebih daripada sekadar kunjungan, Program Santuni Pesara membawa mesej yang jelas iaitu mereka yang pernah berkhidmat kepada negara tidak dilupakan selepas persaraan.

"Ia juga mencerminkan kesinambungan nilai dalam perkhidmatan awam yang merentasi generasi, daripada mereka yang pernah mencurahkan jasa dan bakti kepada negara kepada generasi yang hari ini meneruskan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Seperti biasa, saya apabila melaksanakan tugasan di luar dari Putrajaya, saya akan menyempatkan diri untuk melawat atau menziarahi pesara yang banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

"Perdana Menteri juga sentiasa memberi penekanan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya melihat isu membabitkan pesara, terutama dari segi kebajikan dan kehidupan mereka selepas persaraan," katanya ketika ditemui di sini.

Sempena kunjungan itu, Wan Ahmad Dahlan turut meninjau keperluan kebajikan Siti Zaitun serta menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap beliau.

Selain menyantuni bekas gurunya, Wan Ahmad Dahlan turut mengunjungi pesara pembantu penyelidik, Mohd Nazar Abu Bakar, 61; dan pesara guru, Lee Choon Seng, 90, di Bachok.

Sepanjang perkhidmatan Wan Ahmad Dahlan, beliau sudah melakukan kunjungan terhadap 63 pesara sejak 2024 hingga kini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:0014:0017:00
Latest 18:48 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 09:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

KPPA ziarah bekas guru Geografi, pesara kerajaan · Malaysian Attention Engine