Malaysian Attention Engine
Live wire
58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara58Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi54Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok50Drug rings switched to private jets after security tightened at KLIA, says Bukit Aman45General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar44General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times4212-vehicle-crash: Lorry driver tests positive for amphetamine, syabu41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202740Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori40General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Krisis mental lebih daripada kasih

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 09:00 MYTLatest activity 10 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

NASIHAT yang sering diberikan kepada seorang ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan mental ialah supaya bersabar, memahami dan terus memberikan sokongan. (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Krisis mental lebih daripada kasih

By Meja Rencana · 10 Oct, 09:00 MYT

NASIHAT yang sering diberikan kepada seorang ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan mental ialah supaya bersabar, memahami dan terus memberikan sokongan.

Nasihat itu tidak salah kerana keluarga sering menjadi pihak pertama menyedari perubahan tingkah laku serta orang terakhir yang masih bertahan ketika orang lain mula menjauh.

Namun, apa yang harus dilakukan apabila individu yang kita sayangi mula mengamuk, mengugut, merosakkan barang atau memukul ahli keluarga sendiri?

Apabila keselamatan mula terancam, keluarga juga perlu dilindungi. Pada masa sama, kita tidak boleh menganggap individu yang mengalami masalah kesihatan mental sebagai ganas kerana tanggapan sedemikian hanya menambahkan stigma.

Dalam krisis tertentu, seseorang boleh menjadi terlalu gelisah, keliru, mengalami halusinasi atau menunjukkan perubahan ketara pada pemikiran dan tingkah laku. Keadaan boleh menjadi lebih rumit apabila melibatkan penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang.

Justeru, keluarga tidak seharusnya membuat diagnosis sendiri. Tingkah laku agresif atau luar kebiasaan boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental, penggunaan bahan, keadaan perubatan tertentu atau gabungan beberapa faktor.

Ini bermakna, penilaian profesional diperlukan untuk menentukannya.

Apabila keadaan tidak terkawal, keutamaan pertama ialah keselamatan. Elakkan tindakan yang boleh meningkatkan kemarahan dan jauhkan kanak-kanak, warga emas serta ahli keluarga lain daripada keadaan berbahaya.

Jika berlaku serangan fizikal, ancaman mencederakan diri atau orang lain, selain terdapat risiko kecederaan nyata, keluarga tidak seharusnya mengendalikan keadaan seorang diri. Bantuan kecemasan perlu diperoleh.

Membawa seseorang ke hospital bukan bermaksud keluarga sudah tidak menyayanginya, sebaliknya boleh menjadi tindakan paling bertanggungjawab.

Selepas keadaan stabil, proses pemulihan mungkin masih panjang dan memerlukan rawatan susulan, terapi, rehabilitasi atau intervensi berkaitan.

Dalam proses ini, penjaga juga tidak harus dilupakan. Mereka boleh penat, takut dan tertekan selepas berdepan keadaan sukar berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Keluarga sememangnya penting dalam pemulihan tetapi mereka tidak boleh diharapkan menjadi doktor, jururawat, kaunselor dan petugas keselamatan serentak.

Ada waktunya, tindakan paling menyayangi seseorang ialah mengakui keluarga tidak lagi mampu mengendalikan krisis itu sendirian dan bantuan profesional perlu diperoleh. – UTUSAN

DR. KHAIRUL HAFEZAD ABDULLAH

Program Pengurusan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan,

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan,

Universiti Utara Malaysia (UUM)

The post Krisis mental lebih daripada kasih appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:0011:00
Latest 11:13 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Krisis mental lebih daripada kasih
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Krisis mental lebih daripada kasih · Malaysian Attention Engine