Kritiklah dasar, kritiklah kerajaan, tapi jangan heret ayat suci al-Quran - Dr Taufiq
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SUNGAI PETANI – Kritikan terhadap dasar kerajaan dan perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengheret ayat suci al-Quran ke dalam polemik politik.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama meskipun mempunyai pandangan politik yang berbeza.Beliau berkata, perkataan "lighad" yang terkandung dalam Surah al-Hashr ayat 18 membawa maksud hari esok atau masa hadapan, selain mengingatkan manusia agar menilai persediaan mereka untuk kehidupan yang akan datang.Menurutnya, pempengaruh me (Sinar Harian, 15:41)
Read the reporting
1 reportKritiklah dasar, kritiklah kerajaan, tapi jangan heret ayat suci al-Quran - Dr Taufiq
SUNGAI PETANI – Kritikan terhadap dasar kerajaan dan perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengheret ayat suci al-Quran ke dalam polemik politik.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama meskipun mempunyai pandangan politik yang berbeza.Beliau berkata, perkataan "lighad" yang terkandung dalam Surah al-Hashr ayat 18 membawa maksud hari esok atau masa hadapan, selain mengingatkan manusia agar menilai persediaan mereka untuk kehidupan yang akan datang.Menurutnya, pempengaruh media sosial, Eric See-To, digesa memadamkan komen berkaitan perkataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam."Kritiklah dasar, kritiklah kerajaan, itu hak setiap orang. Tetapi jangan heret ayat suci al-Quran ke dalam longkang politik," katanya pada Sabtu.Sebelum ini, isu berkenaan timbul selepas Eric menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan penggunaan perkataan "lighad" dalam Surah al-Hashr ayat 18 dengan menyatakan beliau tidak mengetahui maksud perkataan tersebut.Menerusi hantaran itu, Eric menulis: "Yang saya tengok ialah ada ‘lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘liwat’ pula."Dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik perhatian apabila beberapa kali menggunakan istilah yang jarang didengar seperti "waad" dan "lighad".Dr Mohammed Taufiq yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, seseorang tidak semestinya beragama Islam untuk menghormati al-Quran, sebagaimana penganut agama lain juga wajar dihormati kepercayaan dan kitab suci masing-masing.Beliau menegaskan bahawa prinsip saling menghormati tidak seharusnya diamalkan secara terpilih berdasarkan agama atau kecenderungan politik seseorang.Menurutnya, kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab, terutama bagi individu yang mempunyai pengaruh dalam membentuk pandangan masyarakat melalui penulisan dan komen politik."Ini bukan sekadar lawak atau permainan kata. Kalimah itu datang daripada ayat suci al-Quran. Membandingkannya dengan bahasa lucah adalah penghinaan yang menyinggung perasaan umat Islam tanpa mengira pegangan politik mereka," katanya.Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terikut-ikut dengan reaksi di media sosial atau menjadikan isu berkaitan agama sebagai bahan jenaka tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap sensitiviti pihak lain.Katanya, perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menyebabkan masyarakat mengetepikan adab serta rasa hormat terhadap agama lain.Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohammed Taufiq turut menyentuh pendekatan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri yang menurutnya akan terus memberi tumpuan kepada agenda masa depan negara berbanding polemik politik yang berpanjangan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian15:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.