Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times52Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar51Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202746General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon46Marquez ikrar terus 'serang' Martin44General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar43Peningkatan SARA beri kelegaan kepada B40 dan M4043General : Entertainment Duty Waiver In Federal Territories To Encourage Local Film Viewing - Fahmi3913 kanak-kanak tadika jadi tebusan, polis tembak penyerang39General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi38World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia35Hakim Danish terjatuh pada sesi Kelayakan 1 GP Indonesia
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Naik ambang bankrap kepada RM150,000: Peluang kedua individu terjejas susun semula hutang - FOMCA

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 16:03 MYTLatest activity 10 Oct, 16:03BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 dilihat mampu memberikan peluang kedua kepada individu yang menghadapi masalah kewangan. (Berita Harian, 16:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Naik ambang bankrap kepada RM150,000: Peluang kedua individu terjejas susun semula hutang - FOMCA

By Essa Abu Yamin · 10 Oct, 16:03 MYT

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 dilihat mampu memberikan peluang kedua kepada individu yang menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun peluang kedua berkenaan mesti disertai mekanisme pemulihan kewangan yang berkesan supaya matlamat membebaskan rakyat daripada belenggu hutang dapat dicapai sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata, pihaknya menyokong penuh langkah berkenaan kerana kebankrapan membawa kesan besar terhadap kehidupan seseorang termasuk aspek pekerjaan, perniagaan dan kesejahteraan keluarga.

"Tidak semua individu yang berdepan masalah hutang sengaja mengabaikan tanggungjawab kewangan, sebaliknya ada yang terjerat akibat kehilangan pekerjaan, kegagalan perniagaan mahupun kos rawatan perubatan.

"Kenaikan ambang itu memberikan ruang tambahan kepada individu terjejas untuk menyusun semula hutang, namun ia bukan bermaksud hutang sedia ada dihapuskan atau pengguna tidak lagi perlu membayar balik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 mulai 2027 sebagai sebahagian usaha membantu rakyat keluar daripada masalah kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sejak 2023, Kerajaan MADANI sudah berjaya membantu lebih 250,000 rakyat keluar daripada belenggu kebankrapan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata sekiranya seseorang hanya dilindungi daripada prosiding kebankrapan tetapi masih dibebani hutang yang semakin meningkat, masalah kewangan mereka sebenarnya belum diselesaikan.

"FOMCA mencadangkan supaya langkah ini disertai program penstrukturan semula hutang, rundingan pembayaran balik dan kaunseling kewangan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)," katanya.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, risiko salah faham wujud jika pengguna menganggap mereka tidak boleh dikenakan tindakan selagi hutang belum mencapai RM150,000, sedangkan pemiutang masih boleh menggunakan saluran sivil lain.

"Bagi memperkukuh mekanisme perlindungan, institusi kewangan digesa menjalankan penilaian kemampuan pembayaran balik yang lebih menyeluruh serta tidak menawarkan kemudahan kredit secara agresif kepada mereka yang memiliki beban hutang tinggi.

"Pendidikan kewangan juga perlu dipertingkatkan khususnya mengenai penggunaan kad kredit, pinjaman peribadi serta kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL), terutamanya dalam kalangan pekerja gig dan golongan muda," katanya.

Katanya, peluang kedua mesti disertai tanggungjawab kewangan dan amalan pemberian kredit yang bertanggungjawab supaya pengguna tidak terperangkap dalam hutang lebih besar pada masa hadapan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 16:15 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 16:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.