
Kualiti udara: JAS lapor hasil pemantauan stesen, platform lain guna sumber, kaedah berbeza
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Angka IPU dan AQI daripada dua platform berbeza tidak boleh dibandingkan secara langsung hanya berdasarkan nombor yang dipaparkan, kata JAS. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat kualiti udara daripada sumber rasmi JAS, yang melaksanakan pemantauan menerusi 68 stesen pengawasan kualiti udara berdasarkan standard dan pensijilan antarabangsa. (Free Malaysia Today, 18:58)
Read the reporting
1 report
IPU Malaysia wajar jadi rujukan utama
mahaizura@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Perbezaan kaedah pengiraan dan piawaian indeks menjadi antara punca bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak sama dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang dipaparkan platform antarabangsa seperti IQAir.
Pakar kimia atmosfera dan pencemaran, Prof Dr Mohd Talib Latif berkata, kedua-dua bacaan itu tidak boleh dibandingkan secara langsung walaupun menggunakan prinsip pengiraan sama bagi mengaitkan kualiti udara dengan kesihatan manusia.
Katanya, bacaan IPU JAS menggunakan formula Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) dengan titik pemisah antara kategori atau breakpoint berdasarkan standard kualiti udara Malaysia.
"IQAir pula mengekstrak data daripada stesen pengawasan kualiti udara negara untuk mendapatkan kepekatan zarah halus PM2.5 sebelum mengira nilai AQI berdasarkan formula yang digunakan platform berkenaan.
"Formula yang berbeza ini menyebabkan nilai bacaan berbeza dan kedua-duanya tidak boleh dibandingkan secara terus," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mohd Talib yang juga Pengarah Institut Perubahan Iklim (IPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengulas kedudukan ibu negara sebagai bandar utama paling tercemar di dunia berdasarkan ranking IQAir yang mencetuskan persoalan apabila bacaan AQI platform antarabangsa itu berbeza dengan IPU rasmi JAS.
Mengulas lanjut, Mohd Talib berkata, bacaan IQAir kebiasaannya sedikit lebih tinggi berikutan perbezaan nilai ambang kategori yang digunakan, namun jurang antara kedua-dua bacaan itu tidak begitu besar.
"Kaedah pengiraan IQAir tidak dimaklumkan secara terperinci. Bacaan IPU daripada JAS seharusnya menjadi rujukan utama.
"Justeru, masyarakat disaran menggunakan IPU Malaysia sebagai rujukan utama manakala bacaan IQAir lebih sesuai dijadikan panduan untuk membandingkan kualiti udara antara negara," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah Saedon berkata, perbezaan antara bacaan IPU rasmi dengan bacaan AQI yang dipaparkan melalui laman sesawang atau aplikasi pihak lain boleh berlaku kerana setiap platform menggunakan skala dan kategori berbeza, tempoh purata serta masa kemas kini tidak sama selain menggunakan faktor penukaran berbeza bagi menukar kepekatan bahan pencemar kepada nilai indeks.
Katanya, sesetengah platform turut menggunakan sensor kos rendah, anggaran daripada model tertentu atau data satelit.
"Data satelit memberikan gambaran mengenai jumlah zarah atau partikel di atmosfera dan tidak mengukur keadaan kualiti udara secara terus di paras bumi.
"Penggunaan data satelit juga mempunyai beberapa batasan antaranya kemungkinan wap air atau awan ditafsirkan sebagai asap atau partikel yang berpunca daripada jerebu," katanya.
Beliau berkata, perbezaan bacaan itu tidak bermaksud JAS merendahkan tahap pencemaran sebaliknya, perbezaan lazimnya berlaku disebabkan kaedah pengiraan, piawaian indeks, sumber data, lokasi serta masa bacaan dikemas kini.
Katanya, bagi mendapatkan perbandingan lebih tepat, bacaan perlu dibandingkan berdasarkan lokasi dan masa kemas kini yang sama termasuk melihat kepekatan sebenar PM2.5 yang dinyatakan dalam unit mikrogram bagi setiap meter padu udara serta kaedah indeks yang digunakan setiap platform.
"JAS memantau kualiti udara negara menerusi 68 stesen pengawasan di seluruh negara yang mematuhi piawaian dan pensijilan antarabangsa USEPA serta ISO.
"Bacaan IPU pula dikira berdasarkan enam bahan pencemar utama termasuk PM2.5 yang lazimnya menjadi pencemar dominan ketika berlaku jerebu," katanya.
Justeru katanya, orang awam boleh mendapatkan bacaan IPU rasmi melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) atau aplikasi MyJAS EQMS.
Terdahulu, Kuala Lumpur mencatatkan kedudukan teratas dalam ranking bandar utama paling tercemar di dunia berdasarkan rekod World Air Quality Ranking yang disiarkan IQAir secara langsung apabila merekodkan bacaan AQI 207, setakat 9 pagi semalam.
Bagaimanapun, kedudukan itu menimbulkan persoalan berikutan perbezaan bacaan AQI yang dipaparkan IQAir dengan IPU rasmi menerusi APIMS JAS sekali gus mencetuskan kekeliruan mengenai tahap sebenar pencemaran udara di ibu negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
